Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 07/11/2009
'Ikrar' elak pengkhianatan

'Ikrar' elak pengkhianatan

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti bagi wakil rakyat Pas merupakan isi kandungan 'ikrar' supaya tidak berlaku penyelewengan kepada parti dan rakyat.

Menurutnya, matlamat utamanya untuk mengelakkan berlakunya pengkhianatan di kalangan wakil rakyat parti itu.

"Sekarang di beberapa negeri dan Selangor saya nampak ada antara wakil rakyat Pas yang hendak ke arah mengkhianati parti dan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Khalid mengesahkan wujudnya bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada antara wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti.

Dalam pada itu, Khalid berkata, bai'ah itu bukan bermaksud mengkhianati persoalan rumah tangga.

"Soal keluarga dan isteri begitu penting. Bukan memperlekeh persoalan rumah tangga tetapi disebabkan ia penting, bai'ah sedemikian digunakan.

"Ia bagi menunjukkan kepada semua wakil rakyat Pas sekiranya mereka menganggap soal rumah tangga adalah perkara penting, begitu jugalah kesetiaan kepada parti dan rakyat," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN