ARKIB : 07/11/2009
145,000 ahli pesatuan bekas tentera lega
PUTRAJAYA 6 Nov. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengalu-alukan pengumuman kerajaan hari ini untuk menarik balik pengenalan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan.
Presidennya, Datuk Muhammad Abd. Ghani berkata, keputusan itu melegakan 145,000 ahli persatuan yang rata-rata memiliki kereta lama.
''Selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, saya fikir kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat tepat sejajar dengan kehendak rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menarik balik dasar memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas.
Sejak langkah itu diumumkan, kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai yang rata-rata tidak setuju dengan langkah tersebut.
Muhammad menambah, peniaga kereta mungkin merasakan langkah pemeriksaan kenderaan tersebut bagus kerana ia boleh meningkatkan hasil jualan kereta mereka.
''Begitupun kepentingan rakyat terutamanya berpendapatan rendah dan sederhana perlu diutamakan,'' katanya.
Jerebu: 211 sekolah di Muar, Ledang ditutup
Mohamad Aziz dilantik Speaker DUN Johor
SJK perlu penjenamaan semula
Bilik gerakan jerebu akan dibuka
IPU Johor, Melaka, Selangor tidak sihat
Nafi ada pertempuran dengan pengganas
Tentera Darat tumpu 4 teras
Kabinet setuju tubuhkan Mahkamah Koroner kendali kes kematian ketika dalam tahanan
Wanita perlu atasi halangan psikologi untuk menjadi insan berjaya - Rosmah
Syed Mokhtar swastakan Jeti Kuala Kedah?
Keputusan tidak boleh berhimpun di Padang Merbok muktamad - Polis
SPAD disaran pastikan harga tambang kekal - LPKPM
Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin
Lelaki tidak serius tentang kanser
Majikan perlu sensitif - MNA
Syor Pangkor, Pengkalan Hulu kawasan bebas cukai
Konvensyen impak sistem meritokrasi terhadap pelajar Melayu
Perlu bijak rancang bajet beli kereta - NGO
Rembau mahu muncul nombor satu dalam pencapaian PMR
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










