Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 07/11/2009
MAYC tidak akan jual Kompleks MAYC untuk langsai hutang RM9j

MAYC tidak akan jual Kompleks MAYC untuk langsai hutang RM9j

07/11/2009 7:47pm

KUALA LUMPUR 7 Nov. — Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) tidak bercadang menjual aset mereka termasuk bangunan Kompleks MAYC di Jalan Syed Putra bagi melangsaikan hutang tertunggak sebanyak RM9 juta, kata bekas presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Katanya, pihak persatuan tidak akan menjual bangunan yang dianggarkan bernilai RM20 juta itu kerana bagi mereka ia menyimpan nilai ”nostalgia” yang tinggi.

"Bangunan MAYC terhutang sebanyak RM27 juta tapi sekarang dah dapat dikurangkan bunganya kepada RM9 juta, kita mempunyai pilihan menjual bangunan itu dengan membeli bangunan yang kecil untuk selesaikan hutang-hutang kita tapi kita terlampau nostalgik dengan bangunan tu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN