|
PUTRAJAYA 6 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penubuhan 16 lagi mahkamah yang membicarakan kes-kes rasuah dipercepatkan.
Perkara itu dibangkitkan Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Susulan Bajet 2010 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, Perdana Menteri melahirkan keyakinan penubuhan mahkamah berkenaan yang diumumkan dalam Bajet 2010 dapat melancarkan perbicaraan kes-kes rasuah.
''Ketika ini terdapat 700 kes rasuah yang sedang dibicarakan termasuk 400 kes dalam rayuan.
''Perdana Menteri mahukan perbicaraan kes-kes ini berjalan cepat sebab ada kemungkinan kes-kes itu akan 'melekat' jika dibicarakan dengan segera," katanya.
Abu Kassim ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat selama tiga jam itu yang turut dihadiri menteri-menteri Kabinet dan semua ketua jabatan.
Pada pembentangan Bajet 2010 23 Oktober lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|