Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 07/11/2009
Askar lepas tembakan, 13 maut

Askar lepas tembakan, 13 maut


imej video sumbangan ihsan CNN dari sebuah gedung merakamkan Mejar Nidal Malik Hasan (kiri) membeli belah di gedung itu pada pagi hari kejadian sebelum dia melepaskan tembakan terbuka di pangkalan tentera di Killeen, Texas, menyebabkan 13 orang terbunuh, semalam. - AFP


KILLEEN, Texas 6 Nov. - Seorang pakar sakit jiwa tentera melepaskan tembakan terbuka menggunakan dua laras senapang di pangkalan tentera Fort Hood, di sini menyebabkan 13 orang terbunuh dan 30 yang lain cedera.

Menurut pegawai, suspek itu turut ditembak beberapa kali tetapi terselamat.

Pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai Mejar Nidal Malik Hasan, yang pernah merawat askar-askar yang cedera dalam peperangan di luar negara dan ditempatkan di pangkalan tersebut sebagai persiapan untuk dihantar ke luar negara.

"Kami masih menjalankan siasatan, namun laporan awal menunjukkan terdapat hanya seorang penembak," kata Leftenan Jeneral Robert Cone, pegawai komander Fort Hood kepada pemberita.

"Penembak itu tidak mati dan kini ditahan dan berada dalam keadaan stabil," katanya

Sebelum ini beliau memberitahu bahawa suspek telah dibunuh oleh pegawai-pegawai polis dalam serangan di pusat tentera itu yang merupakan kemudahan tentera terbesar di dunia.

"Ketika ini, suspek masih belum bercakap kepada penyiasat," katanya.

Ketika ditanya berhubung keadaan suspek, beliau berkata, "Saya boleh katakan bila-bila masa sahaja beliau akan mati," katanya.

Pihak tentera berkata, suspek melakukan serangan itu pada kira-kira pukul 1.30 petang waktu tempatan di Pusat Latihan Ketenteraan, tempat di mana askar-askar mendapatkan pemeriksaan perubatan sebelum ditugaskan ke luar negara.

Cone berkata, suspek itu mempunyai dua senjata dengan salah satu daripadanya daripada jenis separuh automatik.

"Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk yang menyatakan ia adalah senjata tentera," katanya. - Reuters

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN