|
JAKARTA 6 Nov. - Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan mereka perlu membayar RM105 juta kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
Daisy yang dipetik akhbar Warta Kota berkata, dia akan berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan seterusnya.
"Saya ketika ini dirawat di hospital kerana sakit, tunggulah selepas saya berbincang dengan peguam, saya akan buat kenyataan akhbar," katanya.
Keputusan mahkamah semalam yang menyebelahi Putera ketiga Sultan Kelantan itu turut memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru. - Utusan
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|