Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 06/11/2009
Paras air Sungai Golok lepasi tahap bahaya

Paras air Sungai Golok lepasi tahap bahaya

06/11/2009 12:01pm

KOTA BAHARU 6 Nov. — Sungai Golok di Rantau Panjang kini sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak empat hari lalu.

Bacaan paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan beberapa tempat di Sungai Kelantan juga semakin menghampiri paras bahaya dan berikutan itu penduduk yang tinggal di tebing sungai dan di kawasan rendah diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.

Sungai Golok, Rantau Panjang bacaannya pada pukul 9 pagi ini adalah 9.22 meter melepasi bahaya 9 meter manakala di Jenob, Tanah Merah melepasi paras waspada 22.96 meter (waspada 21.50 meter/bahaya 23.50 meter).

Lima bacaan untuk Sungai Kelantan iaitu di Dabong dan Tualang, masing-masing di Gua Musang, Tangga Krai di Kuala Krai, Kusial di Tanah Merah dan Tambatan Diraja di sini semuanya sudah melepasi paras waspada dan semakin menghampiri paras bahaya.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, belum ada mangsa banjir dipindahkan setakat ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN