Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 05/11/2009
Majlis Fatwa tidak pernah kategorikan fahaman Wahabi sebagai sesat - Mashitah

Majlis Fatwa tidak pernah kategorikan fahaman Wahabi sebagai sesat - Mashitah

05/11/2009 1:42pm

KUALA LUMPUR 5 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk “Pendermaan Organ dari Perspektif Islam” di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai “sensitif”, berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara. — Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN