VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 04/11/2009

Amplang semakin digemari


Rosmie Nariddin (kanan) dibantu suaminya Suratman Salleh mengeringkan keropok Amplang yang diusahakan di rumahnya di Kampung Muhibah, Tawau, Sabah. – utusan/ Ghazali Basri


TAWAU 3 Nov. – Keropok amplang asalnya hanyalah makanan ringan masyarakat Melayu berketurunan Bugis di Sabah. Kebiasaannya keropok empat segi itu menjadi makanan ringan keluarga yang dimakan sambil menghirup kopi panas.

Tidak tahu mengapa keropok tersebut berbentuk empat segi, bukan bulat atau bentuk lain. Kata orang, mungkin itulah kelainan sebagai daya penariknya.

Tiada siapa menyangka keropok itu yang dahulunya merupakan antara makanan tradisional penduduk desa kini sudah dikomersialkan oleh pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini.

Tidak salah dikatakan, amplang sudah menjadi sebahagian makanan ringan orang Sabah dan antara makanan ringan yang harus dibawa pulang jika berkunjung ke negeri ini.

Makanan tersebut pada mulanya hanya dijual di daerah ini sekitar 1990-an dan selepas mendapat sambutan menggalakkan, amplang mula memasuki pasaran di tempat lain.

Tawau adalah daerah perintis dalam menghasil dan memasarkan produk amplang bersesuaian sebagai tempat yang memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Sabah.

Difahamkan amplang adalah makanan ringan masyarakat Melayu Indonesia dan apabila warga negara tersebut berhijrah ke pantai timur Sabah khususnya Tawau satu ketika dahulu, makanan tradisi itu tidak dilupakan.

Terdapat ramai pengusaha IKS keropok amplang di Tawau yang memasarkan produk mereka ke seluruh Sabah terutama ke bandar-bandar utamanya.

Salah satu pengeluar amplang yang terkenal di daerah Tawau kerana keenakannya ialah Rosmie Bersaudara mengusahakannya di Kampung Muhibah Raya, di sini.

Produk amplang Rosmie Bersaudara diusahakan di rumahnya oleh 10 pekerja daripada anak-anak, saudara dan jiran terdekat.

“Produk amplang kami diusahakan oleh anak beranak sahaja bermula dari pukul 7 pagi hingga 4 petang setiap hari,” kata tunggak utamanya, Rosmie Naridin, 55.

Menurut ibu kepada lima anak itu, sekiranya menerima banyak tempahan, mereka akan berkerja lebih daripada biasa malah hingga ke tengah malam.

Kata Rosmie, produknya itu dipasarkan ke Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu di samping Semenanjung melalui pengangkutan darat dan udara.

“Rosmie Bersaudara memproses dan membekalkan keropok amplang sebanyak 100 kilogram (kg) sehari dan kadang kala lebih bergantung dengan tempahan,” ujarnya.


Beberapa pekerja perusahaan Keropok Amplang Rosmie membuat hirisan halus sebelum menggoreng keropok itu di Kampung Muhibah, Tawau .


Mengenai rahsia keenakan amplangnya, Rosmie mengakui mempunyai resipi tersendiri selain campuran bahan asas seperti ikan tenggiri, tepung dan udang kecil.

Dia memberitahu, setiap hari akan menggunakan kira-kira 100 kg isi ikan tenggiri dan 30 kg tepung, selain bahan campuran lain untuk menghasilkan amplang.

Pada musim perayaan, katanya, jumlah isi ikan tenggiri yang sudah siap dibuang kepala dan isi perut itu mencecah sehingga 200 kg atau lebih.

“Ikan tenggiri paling sesuai digunakan untuk menghasilkan keropok amplang. Ini kerana rasanya sedap dan warnanya juga menarik setelah siap goreng,” katanya.

Katanya, proses untuk menghasilkan amplang bermula dengan campuran bahan-bahan asas, menguli tepung dan menggoreng adalah kira-kira empat jam.

Rosmie berkata, terdapat empat saiz amplang dan harga borong bagi setiap satu paket ialah RM16 untuk 1 kg, RM8 (setengah kg), RM4 (250 kg), RM2.50 (130kg) dan 90sen (40 gram).

Menyingkap sejarah penglibatannya dalam perniagaan itu, dia berkata, perusahaannya bermula pada sekitar 1997 dengan bermodalkan RM500.

Setahun kemudian dia berupaya mengembangkan perniagaannya selepas mendapat pinjaman Mara sebanyak RM10,000.

Selepas itu, katanya, syarikatnya mendapat pinjaman dan bantuan kira-kira RM40,000 daripada beberapa jabatan, agensi serta kementerian berkaitan.

Sekarang ini kata Rosmie, syarikat itu yang beroperasi di rumahnya mempunyai beberapa kemudahan, peralatan dan mesin sendiri yang semuanya bernilai lebih RM100,000.

Suaminya, Suratman Salleh, 60, yang merupakan seorang lagi tulang belakang syarikat itu berkata, pendapatan kasar adalah dalam lingkungan RM10,000 sebulan.

Pada masa hadapan, katanya, Rosmie Bersaudara merancang untuk membina sebuah kilang memproses dan membekal amplang sendiri untuk dipasar secara lebih meluas.

“Kami memerlukan lebih kurang RM500,000 untuk pembinaan sebuah kilang yang dirancang di kawasan berdekatan kampung ini,” katanya.

Suratman berkata, perancangan jangka masa panjang itu adalah perlu kerana mereka perlu bersaing secara sihat dengan 10 pengusaha amplang di kawasan berdekatan rumahnya.

Tambahnya, Rosmie Bersaudara yakin keropok amplang mempunyai pasaran lebih luas yang tidak terhad untuk di pasaran negara ini sahaja tetapi juga negara-negara jiran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.