VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 04/11/2009

Felda bukti kejayaan program pembangunan tanah negara

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda kini bukan lagi sekadar rancangan pembangunan tanah bagi penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin seperti ketika ia bermula.

Malah lebih dari itu, program pembangunan yang dicetuskan oleh Bapa Pembangunan Negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ini berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu sebagaimana matlamat penubuhannya, 53 tahun lalu.

Nikmat hasil pembangunan tanah ini turut dikecapi oleh generasi kedua dan ketiga Felda yang kini menjadi golongan profesional, birokrat atau usahawan berjaya.

Bermula dengan skim ladang-ladang kecil untuk tanaman kontan, kini Felda menjadi ladang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 9,000 kilometer persegi. Kebanyakannya ditanam kelapa sawit.

Kini, di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meneruskan legasi bapanya, Felda diberi sentuhan baru.

Ia kini menjadi sebuah rancangan penerokaan dan penyusunan tanah bersepadu terbaik di dunia.

Jika di awal penubuhannya, gelaran peneroka mungkin sesuatu yang dipandang rendah. Tetapi dengan perubahan zaman dan kejayaan program tersebut, pandangan itu semakin berubah.

Masuklah ke tanah-tanah rancangan Felda di seluruh negara, hampir tidak ada lagi rumah-rumah asal peneroka yang diperbuat daripada kayu. Semuanya digantikan dengan rumah batu, kalaupun tidak banglo dua tingkat yang tersergam indah.

Di halaman rumah pula, terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta nasional, selain motosikal.

Semua ini melambangkan perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh para peneroka setelah menyertai skim-skim Felda ini.

Pendek kata, Felda berjaya memajukan orang Melayu, menukarkan pandangan negatif mereka terhadap sektor pertanian, selain mengubah taraf hidup golongan miskin di luar bandar.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan tidak ada program pembangunan rakyat miskin di luar bandar yang begitu berjaya di dunia selain Felda.

Jika tidak, masakan beberapa buah negara sedang membangun belajar dari kejayaan Malaysia dan meniru konsep Felda untuk diterapkan di negara mereka.

Kejayaan pengurusan pembangunan tanah bersepadu ini terbukti dapat membela nasib golongan miskin khususnya orang Melayu di luar bandar.

Selain pendapatan hasil mengusahakan tanah, para peneroka juga diberi pelbagai bonus dan insentif sebagai menghargai sumbangan mereka memajukan industri kelapa sawit dan getah.

Dan sebelum akhir tahun ini, para peneroka yang layak di seluruh negara sekali lagi akan mendapat durian runtuh antara RM400 hingga RM1,200 melalui Bonus Insentif Produktivti Peneroka.

Seperti yang harapkan oleh Najib ketika mengumumkan bonus itu kelmarin, ia akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha gigih meningkatkan lagi produktiviti masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.