VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 02/11/2009

Peraturan wajibkan pegawai penyelamat di kolam renang

JOHOR BAHRU 1 Nov. – Satu undang-undang perlu diwujudkan segera bagi mewajibkan seorang atau lebih pegawai penyelamat mengawasi setiap kolam renang awam, hotel atau kediaman.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia, Dr. Zaid Chelvaraj Abdullah berkata, undang-undang tersebut sebagai satu usaha untuk mengurangkan jumlah kejadian lemas yang berlaku di tempat tersebut.

Beliau berkata, pegawai penyelamat terbabit perlu memiliki sijil yang sah serta bertanggungjawab memantau aktiviti di kolam terutamanya semasa ada pengunjung.

‘‘Biarpun jumlah kematian akibat lemas masih sedikit, tetapi kita tidak perlu tunggu jumlah berkenaan di paras bahaya baru hendak diwujudkan undang-undang.

‘‘Satu tindakan proaktif perlu diambil bagi menangani perkara ini. Lagipun beberapa negara luar seperti Australia sudah lama mewujudkan undang-undang seperti ini,’’ katanya.

Beliau ditemui pada Pertandingan Menyelamat Kelemasan Peringkat Kebangsaan 2009 di Kompleks Mutiara Land, di sini hari ini.

Pertandingan tersebut disertai 27 kumpulan dari dalam dan luar negara yang bersaing dalam 30 kategori.

Format pertandingan pula terbahagi kepada dua iaitu Tradisi dan Penyelamat Kelemasan Antarabangsa (ILS).

Dalam pada itu, Zaid berkata, dengan adanya pegawai penyelamat, ia sedikit sebanyak menaikkan imej negara di mata pelancong asing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.