VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 28/10/2009

KLIUC sediakan jurutera awam negara


Pelajar KLIUC didedahkan dengan latihan praktikal bagi membolehkan mereka merasai dunia sebenar kejuruteraan awam.


MUNGKIN ramai yang merasa pelik jika dikatakan bahawa kejayaan pertama dalam bidang kejuruteraan awam adalah dengan terciptanya fungsi roda.

Namun, kita tidak menyedari fungsi sebenar ciptaan tersebut dan mengapa ia sangat diperlukan satu ketika dulu.

Sebenarnya, perubahan zaman telah mengubah kehidupan manusia daripada hidup berpindah-randah kepada kehidupan yang lebih sempurna dan bertamadun.

Manusia mula berfikir untuk membina struktur kediaman yang lebih selesa dan selamat. Justeru, mereka memerlukan satu mekanisme mengangkut bahan-bahan yang diperlukan untuk membina struktur kediaman dan dari situlah timbulnya idea untuk mencipta sistem pengangkutan dan fungsi sebenar roda.

Walaupun ia agak aneh, yang pasti kejuruteraan awam diakui sebagai salah satu bidang yang tertua dan telah wujud sejak zaman kuno lagi. Kini, peranan kejuruteraan awam semakin pesat berkembang.

Struktur-struktur seperti jalan raya, bangunan komersial, lapangan terbang, terowong, empangan, jambatan dan sistem rawatan air, semuanya memerlukan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam.

Individu yang digelar jurutera merupakan insan yang bertanggungjawab menterjemah sesebuah lukisan pelan kepada struktur-struktur binaan yang gah dan memberi manfaat kepada semua.

Menyedari kepentingan bidang ini, universiti infrastruktur terulung negara, Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) bersedia memberikan pendidikan terbaik kepada para pelajar.

kemudahan dan kepakaran

KLIUC percaya, dengan segala kemudahan dan kepakaran yang ada, ia mampu memberi pendidikan menyeluruh kepada para pelajar khususnya dalam bidang kejuruteraan awam. KLIUC menawarkan pelbagai program pengajian dalam bidang ini dari peringkat asas hinggalah ke peringkat ijazah kedoktoran (Ph.D).

Di KLIUC, para pelajar diberi penekanan mengenai kaedah matematik, kemahiran praktikal serta penggunaan perkakasan dan teknologi terkini yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Selain ilmu pengetahuan dan kemahiran dari segi teknikal, para pelajar juga dibekalkan ilmu dan skil profesional lain termasuklah kemahiran komunikasi, pengurusan dan teknologi maklumat.

KLIUC akan memastikan setiap graduannya berkemahiran tinggi, berkebolehan dan berdaya saing sebelum mereka menerokai ke dunia kejuruteraan awam yang sebenar.

Dengan kepakaran yang dimilikinya sejak di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) lagi, KLIUC terus berkembang dan komited memberi pendidikan terbaik dalam bidang kejuruteraan awam kepada para pelajar.

Sehingga kini, KLIUC menawarkan program pengajian kejuruteraan awam di pelbagai peringkat termasuklah Asas Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian), Sarjana Kejuruteraan Awam (penyelidikan) dan Ph.D dalam Kejuruteraan Awam (penyelidikan).

Kesemua program ini mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan dua daripadanya menerima akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ijazah sarjana muda Kejuruteraan Awam di KLIUC juga telah diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia).

Program 2 setengah tahun ini dibuka kepada para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf. Para pelajar diberi pendedahan awal serta kefahaman asas dalam bidang kejuruteraan awam.

Selain itu, mereka juga diberi kemahiran sampingan seperti komunikasi, kewangan, pengurusan dan sebagainya.

Setelah tamat pengajian peringkat Diploma, graduan KLIUC boleh melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda atau memulakan karier dengan syarikat-syarikat kejuruteraan atau pembinaan, firma-firma, kontraktor-kontraktor dan sebagainya.

Dengan pengiktirafan yang diperolehi, graduan KLIUC boleh memohon kerjaya di sektor kerajaan dan swasta.

Program ini direka khusus untuk memberi pendidikan yang lebih mendalam dan menyeluruh dalam bidang kejuruteraan awam termasuklah struktur, geoteknikal, air serta kejuruteraan alam sekitar.

Selain itu, para pelajar juga diajar subjek sampingan seperti perniagaan, pengurusan, teknologi maklumat dan sebagainya. Latihan praktikal selama 14 minggu turut diwajibkan kepada setiap pelajar bagi memberi pendedahan dan memahami cabaran-cabaran yang bakal dihadapi sebelum mereka menceburi bidang pekerjaan yang sebenar.

Tempoh pengajian adalah emapt tahun (boleh juga memohon pindahan kredit). Syarat kemasukan adalah sekurang-kurangnya memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), diploma, Sijil Matrikulasi atau setaraf dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 2.00 dan diluluskan oleh Senat.

Program pasca-siswazah dalam Kejuruteraan Awam

KLIUC menawarkan dua program pasca-siswazah; Sarjana Kejuruteraan Awam (penyelidikan) dan Ph.D Kejuruteraan Awam (penyelidikan). Program-program tersebut adalah kesinambungan kepada ilmu pengetahuan di peringkat ijazah pertama.

Selain mendapat pendidikan di peringkat lanjutan, para pelajar juga diajar kemahiran-kemahiran berkaitan pada peringkat yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka juga diajar cara sebenar dan tepat untuk menjalankan sesuatu penyelidikan dalam bidang kejuruteraan awam.

Para pelajar boleh memilih bidang pengkhususan yang ditawarkan seperti Kejuruteraan Binaan, Kejuruteraan Geometrik, Kejuruteraan Geoteknikal, Kejuruteraan Lebuhraya & Kakilima (Highway & Pavement Engineering), Kejuruteraan Struktur dan Kejuruteraan Sumber Air.

Tempoh pengajian bagi peringkat sarjana adalah 1½ hingga 2 tahun (sepenuh masa) manakala bagi separuh masa adalah 3 hingga 4 tahun.

Bagi peringkat Ph.D, tempoh 3 hingga 8 tahun diperlukan oleh seseorang pelajar untuk menamatkan pengajian dan penyelidikan. Program Ph.D ini merupakan program terbaru yang ditawarkan oleh KLIUC.

Kemasukan untuk sesi November 2009 sedang giat dijalankan. Pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi KLIUC di talian 03-89266993 / 019-3883435 atau emel ke inquiry.edu.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.