Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 27/10/2009
Hentikan isu kerajaan perpaduan

Hentikan isu kerajaan perpaduan

BUTTERWORTH 26 Okt. - Pas Pulau Pinang mahu polemik berhubung isu kerajaan Perpaduan dengan UMNO dihentikan bagi mengelakkan perpecahan sehingga melemahkan parti tersebut.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Salleh Man berkata, ia juga bagi menghormati keputusan muktamar Pas tahun lalu yang membuat ketetapan bahawa isu perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dihentikan demi kebaikan parti.

''Isu (kerajaan perpaduan) ini sebenarnya sudah lama selesai ketika muktamar Pas tahun lalu dan amat jelas bahawa hubungan antara pemimpin Pas sebenarnya semakin baik.

''Tetapi saya pun tidak tahu bagaimana tiba-tiba ia timbul semula dalam blog. Jadi wajar isu tersebut dihentikan demi kebaikan parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Nik Aziz dalam blognya itu menekankan gesaannya itu wajar supaya kepimpinan Pas dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan.

Mohd. Salleh berkata, pihaknya menaruh kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti bagi menyelesaikan masalah yang timbul melalui mesyuarat yang bakal diadakan itu.

"Kami mengambil sikap tunggu dan lihat berhubung perkara ini. Diharapkan satu jalan penyelesaian yang betul dapat dicapai dalam mesyuarat itu," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN