Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 27/10/2009
EGM tidak bermakna Pas di ambang perpecahan

EGM tidak bermakna Pas di ambang perpecahan

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membersihkan parti daripada kumpulan yang prokerajaan perpaduan tidak bermakna parti itu di ambang perpecahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ia sebaliknya akan diselesaikan dengan sebaik mungkin melalui satu mesyuarat khas yang akan diadakan Rabu ini.

''Saya yakin apa yang sedang berlaku ini akan diuruskan mengikut perlembagaan parti serta prosedur yang ada," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai mesyuarat khas yang akan diadakan Rabu ini bagi membincangkan cadangan Nik Abdul Aziz supaya diadakan EGM tersebut yang antara lain mahu tiga pemimpin bermasalah 'dibersihkan' dari parti itu.

Nik Abdul Aziz dalam blognya www.blogtokguru.com menamakan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali sebagai tiga pemimpin bermasalah itu.

Ditanya sama ada Nik Abdul Aziz akan menghadiri mesyuarat itu nanti, Salahuddin berkata: "Saya tidak tahu tetapi apa yang saya dan beliau bincangkan pada pertemuan di Kota Bharu semalam akan dibawa ke mesyuarat itu nanti."

Katanya, kesemua ahli Jawatankuasa Pas Pusat akan menghadiri mesyuarat tersebut.

Ketiga-tiga pemimpin yang disebut Nik Abdul Aziz itu merupakan ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN