Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
POLITIK

ARKIB : 27/10/2009
Tak beri kesan buruk kepada Pas

Tak beri kesan buruk kepada Pas

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini akhirnya membuka mulut dengan menyifatkan cadangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) parti sebagai perkara kecil sahaja.

Menurutnya, beliau tidak terguris dengan cadangan Mursyidul Am Pas itu termasuk mahukan tiga pemimpin kanan Pas disingkirkan daripada jawatan mereka.

Malah, katanya, cadangan Nik Abdul Aziz itu atas alasan mahu membersihkan Pas daripada kumpulan prokerajaan perpaduan tidak akan memberi sebarang kesan buruk kepada parti.

"Tidak, tidak, itu perkara kecil saja... tak ada apa-apa," katanya ketika diserbu para pemberita sebaik sahaja keluar daripada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Reaksi Abdul Hadi itu ditunggu-tunggu pihak media selepas Nik Abdul Aziz pada Jumaat lalu mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah berhubung isu kerajaan perpaduan.

Malah Mursyidul Am Pas itu mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong idea kerajaan perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.

Bagaimanapun semalam Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, isu mengadakan EGM tidak berbangkit lagi kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Ditanya mengenai kehadiran Nik Abdul Aziz pada mesyuarat khas yang diputuskan pada Rabu ini bagi membincangkan cadangan itu, Abdul Hadi berkata: "Itu saya tidak tahu... kena tanya tuan tubuh."

Abdul Hadi yang dihujani pelbagai soalan selepas itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata, beliau akan menunggu hasil mesyuarat khas parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN