|
WASHINGTON 25 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengisytiharkan influenza A (H1N1) sebagai kecemasan kebangsaan, lapor White House, semalam.
Pengumuman itu akan memudahkan kemudahan perubatan AS untuk mengendalikan peningkatan pesakit selesema dengan membenarkan pengecualian beberapa keperluan Medicare, Medicaid dan program insurans kesihatan Persekutuan lain yang diperlukan, menurut White House dalam satu kenyataan.
Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit AS kelmarin memberitahu selesema babi telah merebak dengan meluas di 46 dari 50 negeri di AS dan menjangka lebih banyak lagi akan dijangkiti wabak itu.
Menurut White House, deklarasi itu bertujuan supaya negara bersiap sedia menghadapi keadaan ‘peningkatan pesat dalam penyakit yang boleh membebani sumber-sumber penjagaan kesihatan’. – Reuters
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
|
IKLAN@UTUSAN
|