VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 22/10/2009

Worden terkejut kekang Selangor

SHAH ALAM - Jurulatih Terengganu, Ken Worden sendiri tidak percaya anak buahnya mampu mengekang kegarangan Selangor 1-1 apatah lagi tanpa membuat sebarang pertukaran pemain dalam suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia, kelmarin.

"Ia satu keputusan menakjubkan. Saya pun tidak percaya yang kami mampu bertahan dengan Selangor walaupun dalam beberapa segi, saya juga sedih (dengan bekas pasukan bimbingannya).

"Namun ia tidak membawa sesuatu makna yang istimewa kerana dapat menewaskan bekas pasukan saya cuma ia lebih bererti kerana beroleh keputusan yang positif buat Terengganu," katanya, semalam yang turut mengakui lega dapat menurunkan tiga pemainnya baru pulih daripada kecederaan urat pelipat lutut.

Gol penyamaan cantik pemain tengah, Zairo Anuar Zalani menerusi sepakan bebas sejauh 40 meter yang tidak dapat ditangkis Hamsani Ahmad, ternyata menyelamatkan Terengganu untuk mengharungi 90 minit lagi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan sedikit selesa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.