Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LAPORAN KHAS

ARKIB : 21/10/2009
RM5.12 juta syiling rosak tidak dilupuskan

RM5.12 juta syiling rosak tidak dilupuskan

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Sebanyak RM5.12 juta duit syiling pelbagai denominasi yang rosak dan tidak boleh digunakan di Kilang Wang, Shah Alam masih belum dilupuskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2008 mendapati kali terakhir tindakan pelupusan duit syiling sedemikian dilakukan pada 2004.

Sehubungan itu pihak audit mengesyorkan tindakan pelupusan dibuat terhadap duit syiling berkenaan supaya bilik kebal utama dan gudang dapat digunakan untuk menyimpan stok syiling baru.

"BNM memaklumkan proses tender bagi pelupusan duit syiling rosak dan tidak boleh diguna dibuat pada Mac lalu.

"BNM perlu menyediakan polisi mengenai pelupusan duit syiling supaya prosedur pelupusan boleh dilaksanakan secara teratur," kata laporan itu.

Laporan berkenaan telah diedarkan di Parlimen mulai semalam.

Menurut laporan itu lagi, kawalan keselamatan di Kilang Wang telah dilaksanakan mengikut sistem dan prosedur yang dibenarkan.

Bagaimanapun, satu set peralatan pengesan logam yang termasuk dalam perolehan aset Kilang Wang pada Februari 2008 tidak digunakan.

Sehubungan itu pihak audit mencadangkan peralatan sedia ada digunakan bagi meningkatkan kawalan keselamatan di Kilang Wang.

"BNM memaklumkan pihaknya telah mendapatkan khidmat pakar pengesanan logam pada Mac 2009 bagi membuat penilaian muktamad mengenai kebolehgunaan dan batas keupayaan peralatan tersebut.

"Keputusan muktamad akan dibuat selepas hasil penilaian dibentangkan kepada pihak pengurusan BNM," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN