|
![]() |
|
GUMPALAN rambut mendiang Elvis Presley yang dilelong oleh pusat lelongan Leslie Hindman di Chicago, semalam. - AFP |
CHICAGO 19 Okt. - Segumpal rambut yang dipercayai milik Elvis Preley, yang digunting ketika ia menyertai tentera pada tahun 1958, kini dijual pada harga AS$15,000 (RM52,500) di gudang lelongan Chicago.
Turut dilelong di pusat lelongan Leslie Hindman di Chicago semalam itu ialah 200 barangan milik 'Raja' pop itu, yang menjadi rebutan termasuk sehelai baju T, yang dijual pada harga AS$52,000 (RM182,000).
Pembida untuk rambut Elvis telah membayar sebanyak AS$15,000 termasuk bayaran tambahan sebanyak AS$3,300 (RM11,550) sebagai yuran lelongan.
Barangan lain yang turut dilelong termasuk gambar-gambar dan tudung semasa majlis perkahwinan Presley pada 1967, sehingga kepada kad-kad Krismas Priscilla yang dihantarnya serta piring-piring hitam. Anak- anak patung Elvis dan Elvis Pez adalah antara beberapa dispenser yang menjadi koleksi kenangan.
Semua barangan tersebut merupakan simpanan terbaru Gary Pepper, rakan yang mengendalikan kelab peminatnya. Pepper yang mengalami serebrum palsi (pendarahan otak) meninggal dunia pada tahun 1980. - AP
IKLAN@UTUSAN
|