Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 19/10/2009
Dubai catat sejarah penggunaan Google Maps

Dubai catat sejarah penggunaan Google Maps

DUBAI 18 Okt. - Dubai mencatat sejarah sebagai bandar raya pertama di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang memuatkan rangkaian pengangkutan awamnya dalam Google Maps, kata Pihak Berkuasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) Dubai.

RTA berkata, langkah ini bertujuan, antara lain, memudahkan pengguna bas awam, termasuk penduduk dan pelancong, merancang perjalanan mereka.

Ketua Eksekutif Sektor Sokongan Teknikal Korporat RTA, Abdullah Al Madani berkata, langkah memuat naik pelbagai maklumat tentang pengangkutan dalam Google Maps itu juga bertujuan memantapkan lagi skim 'Perancang Perjalanan' yang dilancarkan awal tahun ini.

"Inisiatif baru ini sudah pasti akan membolehkan sebahagian besar bakal pengguna dari seluruh dunia mempunyai akses kepada rangkaian pengangkutan awam di seluruh wilayah Dubai," katanya dalam kenyataan di sini.

RTA berkata, kini Dubai menyertai lebih 50 bandar raya kosmopolitan yang mempunyai rangkaian pengangkutan awam canggih di dunia seperti London, Paris, New York dan Zurich, menggunakan teknologi itu. - BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN