|
![]() |
|
Duit syiling dibakar seketika untuk mendapatkan warna keemasan. |
MEMPELAJARI ilmu kimia adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kita boleh terokai pelbagai sifat atau objek dan saling kaitannya dengan kehidupan manusia. Cabang ilmu kimia yang tiada had itu sememangnya memberi ruang kepada kita untuk mencuba inovasi baru kerana ia saling menghubungkan disiplin berlainan.
Semasa di Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 hingga 10 Oktober lalu, terdapat pelbagai jenis karya terbaik mahasiswa universiti dipamerkan.
Paling menarik sekali, terdapat demonstrasi proses pertukaran duit syiling satu sen - tidak digunakan lagi buat masa sekarang - bertukar emas di sudut aktiviti yang terletak di hujung dewan satu, KLCC. Ia dikendalikan oleh Noraini Ahmad, pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) daripada jurusan Kimia Fizik dengan pemantauan pensyarahnya, Prof. Dr. Rauzah Hashim, Ketua Projek Glikolipid, Jabatan Kimia, Universiti Malaya (UM).
Noraini kelihatan begitu tekun menerangkan proses tersebut di hadapan pelawat yang datang.
Katanya, setiap syiling satu sen yang diselaputi kuprum itu perlu dibersihkan dalam asid natrik pekat sebelum dimasukkan kepada larutan beralkali (NaOH) dalam tempoh 30 minit ke atas. Selepas dibasuh dengan air dan dikeringkan, barulah boleh dibakar sehingga nampak warna keemasan.
''Demonstrasi ini adalah asas sains. Tiada inovasi baru ditunjukkan dalam pertunjukan ini. Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah teori kimia itu adalah ringkas. Ia juga boleh digunakan untuk benda lain seperti barangan tembaga. Dengan adanya satu sen bersadur emas ini dapat menambah nilai bahan itu sehingga 100 kali ganda," kata gadis berusia 29 tahun itu.
Katanya, warna emas yang ada pada setiap syiling itu tidak kekal lama kerana ia akan bertukar selepas beberapa bulan selepas proses pengoksidaan berlaku. Duit emas itu turut dijual kepada orang ramai dan hasil kutipan jualan itu kemudiannya diserahkan Tabung Gempa Nusantara Utusan-Maybank yang dilancarkan sejak 7 September lalu.
Di sebelah meja Noraini terdapat demonstrasi wang tidak hangus walaupun dibakar yang dikendalikan oleh Noor Idayu Mat Zahid, 23. Dalam sesi penerangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Kimia UM itu mengatakan wang kertas tidak terbakar sekiranya direndam dengan etanol dan air suling.
''Ia seperti silap mata. Api yang kita lihat pada pandangan kasar itu hanya di luaran kerana pembakaran etanol sahaja dan permukaan duit kertas ini basah selepas dipadamkan," katanya.
Jelasnya, setiap wang kertas hanya boleh dibakar sekali sahaja dan perlu mengulangi rendaman etanol dan air suling sekiranya api tidak menjadi. Ini bagi memastikan duit kertas itu agar tidak berjelaga dan tidak cacat.
|
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Syiling satu sen jadi 'emas'
MEMPELAJARI ilmu kimia adalah satu perkara yang menyeronokkan. Kita boleh terokai pelbagai sifat atau objek dan saling kaitannya dengan kehidupan manusia. Cabang ilmu kimia yang tiada had itu sememangnya memberi ruang kepada kita untuk mencuba inovasi baru kerana ia saling menghubungkan disiplin berlainan. Semasa di Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 hingga 10 Oktober lalu, terdapat pelbagai jenis karya terbaik mahasiswa universiti dipamerkan. Paling menarik sekali, terdapat demonstrasi proses pertukaran duit syiling satu sen - tidak digunakan lagi buat masa sekarang - bertukar emas di sudut aktiviti yang terletak di hujung dewan satu, KLCC. Ia dikendalikan oleh Noraini Ahmad, pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) daripada jurusan Kimia Fizik dengan pemantauan pensyarahnya, Prof. Dr. Rauzah Hashim, Ketua Projek Glikolipid, Jabatan Kimia, Universiti Malaya (UM). Noraini kelihatan begitu tekun menerangkan proses tersebut di hadapan pelawat yang datang. Katanya, setiap syiling satu sen yang diselaputi kuprum itu perlu dibersihkan dalam asid natrik pekat sebelum dimasukkan kepada larutan beralkali (NaOH) dalam tempoh 30 minit ke atas. Selepas dibasuh dengan air dan dikeringkan, barulah boleh dibakar sehingga nampak warna keemasan. ''Demonstrasi ini adalah asas sains. Tiada inovasi baru ditunjukkan dalam pertunjukan ini. Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah teori kimia itu adalah ringkas. Ia juga boleh digunakan untuk benda lain seperti barangan tembaga. Dengan adanya satu sen bersadur emas ini dapat menambah nilai bahan itu sehingga 100 kali ganda," kata gadis berusia 29 tahun itu. Katanya, warna emas yang ada pada setiap syiling itu tidak kekal lama kerana ia akan bertukar selepas beberapa bulan selepas proses pengoksidaan berlaku. Duit emas itu turut dijual kepada orang ramai dan hasil kutipan jualan itu kemudiannya diserahkan Tabung Gempa Nusantara Utusan-Maybank yang dilancarkan sejak 7 September lalu. Di sebelah meja Noraini terdapat demonstrasi wang tidak hangus walaupun dibakar yang dikendalikan oleh Noor Idayu Mat Zahid, 23. Dalam sesi penerangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Kimia UM itu mengatakan wang kertas tidak terbakar sekiranya direndam dengan etanol dan air suling. ''Ia seperti silap mata. Api yang kita lihat pada pandangan kasar itu hanya di luaran kerana pembakaran etanol sahaja dan permukaan duit kertas ini basah selepas dipadamkan," katanya. Jelasnya, setiap wang kertas hanya boleh dibakar sekali sahaja dan perlu mengulangi rendaman etanol dan air suling sekiranya api tidak menjadi. Ini bagi memastikan duit kertas itu agar tidak berjelaga dan tidak cacat. |
IKLAN@UTUSAN
|