Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 15/10/2009
Ramai wanita mahu bekerja di Malaysia kerana banyak sebab

Ramai wanita mahu bekerja di Malaysia kerana banyak sebab

15/10/2009 1:19pm

PETALING JAYA, 15 Okt — Ratusan wanita Indonesia sanggup bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah kerana mereka mendengar banyak perkara baik mengenainya daripada rakan dan saudara yang bekerja di sini, kata anggota kanan sebuah kesatuan sekerja Indonesia.

Bendahari Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia (CITU) Aisah Teisir Abdat berkata bagaimanapun amat sukar bagi mereka untuk datang ke Malaysia secara sah disebabkan oleh masalah “birokrasi dan red-tape” di Indonesia.

"Wanita-wanita ini perlu melalui tujuh agensi atau pihak berkuasa, bermula dari ketua kampung sehingga ke peringkat daerah dan pegawai bahagian serta ejen, sehingga ke peringkat pusat, sebelum mereka mendapat kelulusan,” katanya kepada Bernama dalam temubual eksklusif di luar Persidengan Serantau Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (Asia Pasifik) mengenai pekerja domestik di sini hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN