VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/10/2009

Portal pembelajaran pertama untuk jururawat dilancar

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Syarikat AP Training Sdn. Bhd. hari ini buat julung kali melancarkan portal pembelajaran dalam talian, Healing Hands khusus untuk golongan jururawat.

Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan berkata, penggunaan portal tersebut boleh meningkatkan pembangunan profesionalisme secara berterusan (CPD) golongan berkenaan.

Katanya, ia juga dapat membantu jururawat mengumpul mata CPD antara 10 hingga 40 mata setiap tahun sebelum dibenarkan memperbaharui Sijil Praktis Tahunan (APC) yang menjadi 'lesen' kepada mereka untuk berkhidmat di negara ini.

"Pembangunan portal tersebut dilihat mampu membantu kira-kira 80,000 jururawat yang berkhidmat di bandar dan luar bandar supaya tidak perlu meninggalkan tempat kerja bagi mengikuti latihan atau kursus kejururawatan di tempat lain.

"Selain dapat mengurangkan kos latihan dan memberi kebebasan kepada jururawat untuk mengakses portal pada waktu yang fleksibel, modul pembelajaran tersebut diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia dan Lembaga Jururawat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran 'Healing Hands' portal pembelajaran secara dalam talian untuk jururawat di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan AP Training Sdn. Bhd., Peter Terence D'Cruz dan Presiden Jururawat Malaysia, Matron Ramziah Ahmad.

Sementara itu, Peter Terence berkata, portal Healing Hands ketika ini menawarkan lebih 20 modul pembelajaran termasuk bidang mikrobiologi, reumatologi dan perubatan makmal.

"Kita akan sentiasa menambah baik modul pembelajaran setiap bulan dan dijangka 100 buah modul akan dimuat turun ke dalam portal tersebut menjelang hujung tahun depan.

"Setiap satu modul pembelajaran layak untuk mendapat satu mata CPD sekiranya jururawat lulus dalam penilaian portal tersebut dengan markah 60 peratus ke atas," katanya.

Walaupun begitu, katanya, semua jururawat hanya boleh memperoleh maksimum 20 mata setiap tahun menerusi portal tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan portal tersebut bukan bertujuan mengambil alih latihan atau kursus untuk kepada jururawat sebelum ini, sebaliknya ia lebih kepada penambahbaikan program latihan sedia ada.

"Semua jururawat yang berminat boleh melanggan portal tersebut secara persendirian pada harga RM550 setahun.

"Selain itu, mereka juga boleh berhubung dengan pengurus sumber manusia di hospital masing-masing sekiranya organisasi mereka telah melanggan perkhidmatan kami," katanya.

Modul pembelajaran portal Healing Hands yang mengaplikasikan teknologi moden itu dibangunkan oleh sekumpulan lima panel penasihat diketuai Perunding Kanan Patologi dari Fakulti Perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Methil Kannan Kutty.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.