Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 12/10/2009
MARA Kelantan tuntut hutang RM36 juta

MARA Kelantan tuntut hutang RM36 juta

12/10/2009 12:56pm

KOTA BAHARU 12 Okt. — Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kelantan akan melancarkan program memungut pelbagai jenis hutang dinamakan “Gerak Gempur Jom Bayar Hutang” peringkat negeri secara besar-besaran mulai bulan depan.

Pengarah MARA negeri, Abdul Rahim Taha berkata, program itu bertujuan memungut hutang lapuk berbentuk hutang pinjaman, pembiayaan dan sewa premis perniagaan dan pejabat berjumlah kira-kira RM36 juta.

"Program ini dilancarkan bagi membolehkan MARA memberi pinjaman balik kepada peminjam dan pembiayaan baru untuk pembangunkan usahawan Bumiputera,” katanya.

Abdul Rahim berkata, menerusi program itu yang diperkenalkan sejak awal tahun ini MARA mensasarkan kutipan berjumlah RM33.4 juta dan sehingga bulan lepas pihaknya sudah memungut lebih RM29 juta.

"Dengan pelancaran gerak gempur secara besar-besaran ini, adalah dijangkakan kita dapat mencapai lebih daripada sasaran menjelang akhir tahun ini,” katanya.-Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN