Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
LUAR NEGARA

ARKIB : 12/10/2009
Lagi demonstrasi anti-Islam di England

Lagi demonstrasi anti-Islam di England


ANGGOTA-ANGGOTA polis menggari seorang daripada penunjuk perasaan anti-Islam di Manchester, United Kingdom kelmarin. - AFP


MANCHESTER 11 Okt. - Sekurang- kurangnya 30 orang ditahan apabila kumpulan anti-Islam bergaduh dengan kumpulan penunjuk perasaan anti-perkauman di Britain semalam.

Pergaduhan tercetus apabila penyokong Liga Pertahanan English (EDL) dan ratusan aktivis daripada Pergerakan Bersatu Menentang Fahaman Fasis bertembung di sini.

Beberapa ratus polis yang memakai kelengkapan anti-rusuhan cuba memisahkan kedua-dua kumpulan penunjuk perasaan yang mana kumpulan EDL membawa sepanduk bertulis 'Tidak mahu masjid lagi di Britain'.

Menurut jurucakap polis, secara keseluruhan sekitar 2,000 orang terlibat dalam insiden tersebut.

Kata polis, penangkapan dibuat atas kesalahan melanggar perintah awam tetapi tiada yang tercedera.

Tunjuk perasaan tersebut adalah protes terbaru yang didalangi oleh EDL selepas demonstrasi serupa di Birmingham bulan lepas dan satu lagi protes di London semasa ulang tahun serangan 11 September.

Penyokong kumpulan itu merancang untuk bertafakur selama dua minit sebelum menyanyikan lagu kebangsaan untuk tentera Britain yang terkorban di Iraq dan Afghanistan.

Kumpulan tersebut bagaimanapun menafikan ia bersikap perkauman, sebaliknya menyatakan ia adalah 'pertubuhan pelbagai etnik dan pelbagai kepercayaan' menerusi satu kenyataan di dalam laman web mereka. - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN