VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 11/10/2009

Bencana negara di selatan India


MANGSA banjir di kampung Rajoli, daerah Mahaboobnagar, kira-kira 240 kilometer ke selatan Hyderabad pulang ke rumah mereka yang rosak teruk akibat banjir yang melanda daerah itu. Lebih 300 orang terbunuh dalam banjir yang melanda negeri Karnataka, Andhra Pradesh dan Maharashtra di selatan India. - AFP


NEW DELHI 10 Okt. - Perdana Menteri India, Manmohan Singh menyifatkan banjir buruk yang melanda selatan negara ini, sebagai 'bencana negara' dan memberi jaminan mangsa terbabit akan menerima sokongan penuh untuk membina semula hidup mereka.

"Kerajaan Pusat akan bersama-sama kerajaan negeri dalam menangani cabaran tragedi yang tidak pernah berlaku ini,'' katanya kepada pemberita di selatan bandar Hyderabad selepas mengikuti lawatan udara ke wilayah-wilayah terjejas akibat banjir, semalam.

Manmohan memuji pihak berkuasa negeri berikutan kejayaan mereka menguruskan bencana tersebut di beberapa kawasan yang terjejas teruk.

Menjawab kritikan oleh mangsa banjir yang mendakwa mereka lambat menerima bantuan, beliau berkata: "Saya bukan berada di sini untuk mencari salah atau menunding jari kepada mana-mana agensi atau individu.''

Lebih 300 maut dan hampir 1.5 juta penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat mengakibatkan banjir di Karnataka, Andhra Pradesh dan Maharashtra. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.