Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KELUARGA

ARKIB : 07/10/2009
Pemenang Pertandingan Fotografi Hospitaliti Malaysia

Pemenang Pertandingan Fotografi Hospitaliti Malaysia




SELEPAS menutup Pertandingan Fotografi Hospitaliti Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini anjuran Malaysia Airlines dan Utusan Malaysia baru-baru ini, para pengadil membuat keputusan memilih hanya lima pemenang.

Panel pengadil memutuskan hanya memilih lima pemenang yang benar-benar berjaya memaparkan melalui gambar melambangkan hospitaliti Malaysia walaupun pada asalnya 10 hadiah ditawarkan.

Menurut jurucakap pertandingan, panel hanya memilih lima pemenang kerana kebanyakan peserta tidak memahami kriteria yang diingini untuk gambar-gambar yang dihantar.

Selepas ditutup pada 30 September lepas, peraduan ini telah menerima kira-kira 100 penyertaan daripada para peserta yang menghantar gambar-gambar mereka melalui e-mel.

Pemenang-pemenang itu ialah:

1 - Amalina Wan Mohd. Nur dari Cheras, Selangor dengan gambar bertajuk 'Tarik Upih' yang menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan kepada tetamu atau rakan.

2 - Jamalhisham Jermi dari Puchong, Selangor dengan gambar bertajuk 'Keluarga Harmoni' menunjukkan bagaimana sebuah keluarga yang harmoni mengamalkan semangat kasih sayang yang seharusnya menjadi teras kepada hubungan rakyat di negara ini.

3 - Shaarani Mahmood dari Simpang Empat Semanggol, Perak dengan gambar bertajuk 'Kerjasama' menunjukkan kerjasama antara para pelajar berbilang kaum dari sebuah sekolah memasuki pertandingan menyediakan kolam untuk sambutan Deepavali.

4 - Suzairi Zakaria dari Setiu, Terengganu menghantar gambar yang menunjukkan masyarakat kampung bekerjasama menolak bot untuk ke laut.

5 - Ahmad Bazli Ahmad Zahiri dari Bandar Bera, Pahang melalui gambarnya bertajuk 'Persahabatan' menunjukkan bagaimana masyarakat Malaysia sentiasa sedia membantu bagi mereka yang memerlukan.

Dengan pengumuman lima pemenang ini, pertandingan fotografi Hospitaliti Malaysia anjuran bersama Malaysia Airlines dan Utusan Malaysia dengan rasminya ditutup. Kesemua pemenang akan dihubungi oleh pihak Malaysia Airlines.

Melalui pertandingan ini, para peserta telah diminta mengambil gambar yang menggambarkan hospitaliti Malaysia yang terbaik.

Setiap pemenang akan memenangi dua tiket penerbangan dan mereka boleh memilih untuk ke mana-mana destinasi pilihan mereka di negara ini.

Tiket penerbangan kelas ekonomi ini tertakluk kepada syarat-syarat Malaysia Airlines.

Antaranya, hanya laku dalam tempoh enam bulan, tidak boleh digunakan pada cuti umum dan cuti sekolah, tempahan penerbangan perlu dibuat sebulan sebelum penerbangan, tike tidak termasuk cukai lapangan terbang, tidak boleh ditukar tunai dan ditukar nama. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN