Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
JENAYAH

ARKIB : 06/10/2009
Amah lari dirogol majikan

Amah lari dirogol majikan

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Seorang amah warga Indonesia yang menjadi mangsa buas nafsu majikannya, bertindak nekad melarikan diri dari rumah suspek di Bandar Baru Ampang, Ampang, dekat sini semalam.

Mangsa yang berusia 19 tahun itu dipercayai dirogol sebanyak dua kali sejak bekerja di rumah tersebut dan difahamkan suspek sudah beristeri dan mempunyai tiga orang anak.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa turut diugut agar tidak membocorkan rahsia itu kepada orang lain selain dipukul sebelum dipaksa melakukan seks.

"Mangsa ditemui merayau-rayau sambil menangis oleh penduduk di taman perumahan tersebut yang kemudiannya dihantar ke Balai Polis Ampang," katanya di sini hari ini.

Abdul Jalil memberitahu, pihaknya kini memburu majikan mangsa yang dipercayai melarikan diri selepas mengetahui amah itu membuat laporan polis.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN