|
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Perokok-perokok kini terpaksa membayar lebih bagi sekotak rokok apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga sebatang rokok kepada 1 sen sebatang berkuat kuasa hari ini.
Berikutan pengumuman kenaikan cukai eksais dikuatkuasakan oleh kerajaan pada minggu lalu, semua perokok akan mula membayar berdasarkan harga baru.
British American Tobacco (BAT) dalam kenyataannya di sini berkata, syarikat itu akan mula menjual semua produk keluarannya bermula hari ini.
Antara harga rokok yang dinaikkan ialah Dunhill Fine Cut 20 RM10 sekotak, Dunhill 20 (RM9.30), Dunhill 14 (RM6.90), Kent 20 (RM9.30) dan Kent 14 (RM6.90)
Jenama rokok lain yang turut dinaikkan ialah Pall Mall Plain 20 (RM9.70), Pall Mall 20 (RM7.80), Pall Mall 18 (RM7.00), Pall Mall 14 (RM5.80), Pall Mall 25 (RM9.70).
Manakala Benson & Hedges 20 (RM9.30) dan Benson & Hedges 14 (RM6.90)
IKLAN@UTUSAN
|