ARKIB : 05/10/2009
Rayuan dua bekas pengurus Tabung Haji dibenarkan
PUTRAJAYA 5 Okt. — Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan dua bekas pengurus kanan Tabung Haji untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun kerana menipu dan melakukan pecah amanah membabitkan wang Tabung Haji sebanyak RM200 juta lapan tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha juga membenarkan kedua-dua perayu itu supaya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500,000 setiap seorang sementara menunggu rayuan mereka didengar di mahkamah itu.
Datuk Mohd Amin Sidek, 57 dan Datuk Mohammad Shafie, 58, telah menjalani hukuman penjara itu mulai 25 Ogos lepas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan dan permohonan mereka untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan.
Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin supaya wang jaminan terhadap Mohd Amin dan Mohammad dinaikkan daripada RM400,000 kepada RM1 juta setiap seorang.
Hakim Zaleha yang menolak permohonan itu berkata wang jaminan hanyalah bertujuan untuk memastikan kehadiran kedua-dua perayu ketika kes dibicarakan di mahkamah nanti.-Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









