VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 05/10/2009

Rumah terbuka Aidilfitri terus meriah


SYAHRIN Md. Jamaludin dan isterinya, Huzaimah Yahya melayan para tetamu yang hadir pada majlis rumah terbukanya sempena hari raya di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 4 Okt. - Walaupun Aidilfitri sudah dua minggu berlalu, namun umat Islam di negara ini masih lagi meraikannya dengan meriah melalui penganjuran majlis rumah terbuka.

Pelbagai pihak termasuk golongan pemimpin dan orang ramai mengadakan rumah terbuka untuk meraikan sanak saudara dan sahabat handai.

Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Syahrin Md. Jamaludin turut mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Sinaran Baru, di sini hari ini.

Beliau ketika ditemui berkata, sambutan yang diadakan setiap tahun itu adalah sebagai salah satu platform untuk bertemu masyarakat setempat.

Beliau gembira dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu pelbagai kaum memeriahkan majlis berkenaan.

"Amalan rumah terbuka yang diadakan itu bukan sahaja untuk meraikan kedatangan Syawal tetapi ia boleh mendekatkan pemimpin dengan masyarakat.

"Apatah lagi dengan mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kita baik Melayu mahupun kaum lain," katanya.

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ali Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Datuk Maulizan Bujang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Halim Suleiman.

Bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut, turut diadakan persembahan kebudayaan serta penampilan khas daripada penyanyi 1980-an, Rohana Jalil.

Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah antaranya nasi beriani, sup cendawan, cendawan goreng, lempeng terbang dan aneka kuih muih.

Sempena majlis itu juga turut diadakan pungutan derma untuk mengisi tabung bencana alam khususnya bagi membantu mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.