VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 05/10/2009

Cinta dan hidup Mas Anizan


KENANGAN... Mas Anizan bersama Allahyarham suaminya, Ali Bapoo. Gambar ini dirakamkan pada tahun 2004.


BEBERAPA kali dia bertanya kepada penulis apa lagi yang mahu ditulis tentang dirinya saat sesi fotografi ini berlangsung.

Dia ada sebab untuk mempersoalkannya. Ini kerana dia bimbang jika ada pihak yang kurang senang seandainya kisah kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal ditulis berulang kali.

Dengan penuh rendah diri jelitawan ini memberitahu, tiada apa-apa yang istimewa tentang dirinya yang mahu dikongsi dengan peminat.

Namun, Mas Anizan dari kaca media mempunyai nilai berita yang tersendiri. Bahkan, ramai yang masih ingin mengetahui kehidupan janda jelita ini.

Hakikatnya, Mas Anizan atau nama penuhnya, Mas Anizan Mohd. Shahid seorang wanita yang mudah didekati.

Sesekali butir katanya memperlihatkan keluhuran dan kejujuran saat bercerita mengenai kehidupannya.

Mas Anizan meninggalkan dunia glamor untuk mendirikan rumah tangga saat namanya berada di puncak.

Ketika dia berkahwin, usianya cukup muda iaitu 19 tahun. Benar, sudah tertulis di loh mahfuz dia bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang jarak usianya 25 tahun lebih tua darinya.

Pada waktu itu, namanya menjadi sebutan dan selain menjadi rebutan pengarah serta penerbit drama dan filem.

Mas Anizan atau lebih mesra di sapa Mas sendiri mengakui, kehidupan glamornya hanya seketika dan dia tekad meninggalkan dunia seni selepas yakin dengan keputusannya.

Seperti biasa, pandangan masyarakat kita ada kalanya skeptikal dan sentiasa berfikiran negatif apabila membicarakan tentang hubungan wanita muda bersama lelaki muda.

Kata mereka, jika wanita muda berkahwin dengan lelaki berusia semuanya berlandaskan materialistik. Dalam konteks ini,

Mas membuktikan sebaliknya. Hanya maut yang memisahkan dia dengan suaminya.

Menurut Mas berkata, sepanjang 15 tahun melayari bahtera perkahwinan sebelum suaminya, Datuk Ali Bapoo meninggal dunia tahun lalu merupakan tempoh yang cukup bahagia untuknya.

"Untuk menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga memang bukan mudah. Apa yang penting bagi saya dan Allahyarham suami ialah kami mengamalkan sikap berterus-terang.

"Bukan itu sahaja, cinta dan ikatan perkahwinan kami ikhlas dan kejujuran itu juga amat penting dalam menguatkan lagi hubungan suami isteri itu.

"Saya amat bersyukur kerana sepanjang tempoh perkahwinan, Allahyarham suami menjaga saya dan anak-anak kami dengan baik," katanya mengenai amalan murni arawah suaminya.

Hasil perkahwinan Mas dan Ali Bapoo dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mas Aliza, 14 dan Mohd. Masli Daniel yang kini berusia sembilan tahun.

Sejak pemergian orang tercinta, Mas dan anak-anaknya semakin kuat dan tabah melayari kehidupan.

"Bohong kalau saya kata saya tidak merindui Allahyarham. Malah, sehingga kini pun saya terasa kehilangannya," Mas menyuarakan kerinduan terhadap suami tercinta.

Namun, sebagai seorang umat Islam, Mas harus reda dengan ketentuan Ilahi. Dan dalam kerinduan yang tidak terbendung, Mas perlu meneruskan kehidupan dan apa yang penting juga Mas harus bekerja keras melunaskan impian Allahyarham suaminya terutama dari aspek masa depan anak-anak kami.

"Saya bersyukur kerana anak-anak memahami keadaan saya saya juga beruntung kerana mempunyai anak-anak tiri yang begitu rapat dengan saya," ujarnya yang mengakui memang dari awal perkahwinannya dulu sudah rapat dengan anak-anak tirinya.

Sehingga kini hubungan dengan keluarga Allahyarham suaminya sangat akrab dan Mas anak beranak akan memastikan mengunjungi keluarga mertuanya di Pekan, Pahang setiap kali ada masa terluang.

Kepada Mas juga saya bertanya, apakah dia sudah bersedia untuk kembali ke dunia seni secara serius selepas bergelar seorang ibu tunggal.

Maklumlah, anak-anak pun sudah besar dan pastinya dia mempunyai masa senggang untuk kembali aktif sebagai seorang pelakon.

Apatah lagi, dia membintangi drama bersiri Senandung Si Dayang yang telah pun ditayangkan menerusi slot Legenda di TV3 baru-baru ini.

Sambil tersenyum, Mas berkata, penglibatannya dalam drama itu atas dasar persahabatan dengan Den Wahab yang mencadangkan namanya kepada Rozie Othman selaku penerbit.

Memandangkan ketika itu, dia kurang sibuk dan mempunyai masa untuk memenuhi undangan berlakon selain daripada watak yang sesuai dengan dirinya.

"Kalau ada skrip yang bagus dan sesuai serta tidak menuntut masa yang panjang, saya akan pertimbangkan. Rindu juga untuk berlakon sebenarnya," ujarnya yang sempat berlakon selama setahun sebelum menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Menyingkap profil seninya, wanita berbintang Scorpio ini pernah membintangi sebuah filem, Antara Gadis arahan Allahyarham Datuk Yuzwan Wahid pada tahun 1993 selain beberapa buah drama.

Bagaimana dengan pengganti? Adakah Mas sudah bersedia atau pernah memikirkan tentang perkara itu?

Seorang wanita cantik sepertinya sudah pasti ramai yang mahu mendekati lebih-lebih lagi dengan statusnya kini.

"Jawapan saya mungkin kedengaran sungguh klise tetapi itulah hakikatnya. Jodoh dan ajal semua ketentuan Ilahi.

"Saya tidak berani mengatakan sama ada saya akan berkahwin lagi selepas ini tetapi buat masa ini, saya tidak memikirkan tentang mencari pengganti kerana keutamaan saya adalah kepada anak-anak," katanya sambil berdoa tiada pihak yang akan membuat spekulasi hanya semata-mata statusnya sebagai ibu tunggal.

Satu yang pasti sewaktu berbicara dengan wanita ini, kecantikan dan kejelitaannya masih lagi terserlah seperti mana di awal kemunculannya dulu.

Bakal menginjak usia 36 tahun pada 13 November ini, Mas hanya mampu ketawa sahaja apabila ditanya tentang rahsia kecantikan dan berupaya mengekalkan tubuh badan seperti seorang remaja.

Malah Mas juga memberitahu, dia memang seorang yang kuat makan dan tidak pernah mengamalkan sebarang diet melampau untuk menjaga penampilannya.

Bukan itu sahaja, Mas juga sempat bercerita tentang bagaimana Allahyarham suaminya yang begitu menjaga dan menitik beratkan amalan pemakanannya.

"Saya bersyukur dengan segala pemberian Allah. Ramai yang bertanya kepada saya rahsia saya menjaga kecantikan sehingga saya sendiri tidak mampu memberikan jawapan (ketawa).

"Mungkin ia adalah faktor keturunan dan amalan memakan ulam-ulaman khususnya pegaga yang saya amalkan sejak kecil lagi.

"Saya juga ada mengamalkan senaman seperti berenang dan berjoging tetapi semuanya ikut masa dan keadaan," katanya yang turut mengamalkan meminum jus pegaga yang dibuatnya sendiri.

Saya juga sempat mengusiknya adakah dengan usianya kini mahupun dimasa akan datang, Mas akan 'berteman rapat' dengan botox mahupun suntikan lain bagi mengekalkan kecantikannya.

Sambil mengangkat tangannya tanda tidak setuju dan tidak sesekali akan mencubanya, bagaimanapun Mas mempunyai pandangannya sendiri.

"Semua itu adalah hak individu. Kalau mereka mahu mencuba, terpulang. Tetapi kalau minta saya untuk menggunakannya, sudah pasti tidak kerana saya amat takutkan jarum dan suntikan," ujarnya penuh bersungguh.

Jauh di sudut hatinya, dia berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan yang ada hubung kait dengan dunia kecantikan seorang wanita.

"Saya teringin benar untuk membuka sebuah spa dan perniagaan itu nanti adalah sebuah perniagaan keluarga.

"Tetapi, semuanya bergantung kepada keadaan dan masa," katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.