VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 05/10/2009

Warna menceriakan kediaman


Contoh pilihan warna pada ruang-ruang tertentu rumah.


RUMAH boleh diibaratkan seperti manusia, yang akan nampak lebih menarik jika dipakaikan dengan baju yang cantik.

Dengan kata lain, sebuah rumah yang dicat cantik akan nampak lebih menyerlah daripada rumah-rumah lain di sebelahnya.

Bagaimanapun masalah yang dihadapi kebanyakan orang ialah mereka tidak tahu memilih warna dan jenis cat yang sesuai dengan rumah.

Kebimbangan utama ialah tersilap memilih warna cat membuatkan hati tidak gembira dan mungkin juga menjadi bahan gurauan kawan-kawan dan jiran tetangga.

Masalah seperti ini memang kerap terjadi. Sebagai contoh apabila warna yang dipilih melalui katalog adalah warna lembut dan sedap mata memandang tetapi apabila dicat pada rumah, nyata ia menjadi terlalu terang berbeza dengan apa yang diimpikan.

Pengurus Pemasaran Kawasan Decorative Paints Jotun bagi Asia Tenggara dan China, Chen Lee Siong berkata, bagi mengelakkan kesilapan ketika memilih cat pelanggan kini boleh memilih cat dengan melihat melalui perisian komputer.

Katanya, perisian yang dinamakan color advisor ini merupakan yang pertama di Malaysia dan dibuat bagi membantu pelanggan memilih warna cat yang mereka suka.

"Pelanggan boleh memasuki laman sesawang Jotun dan melihat pelbagai pilihan warna yang boleh disesuaikan dengan ruang-ruang rumah,'' kata Lee Siong yang ditemui di Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Beliau menambah, masyarakat Malaysia kebanyakannya masih belum berani memilih warna-warna terang untuk rumah.

Biasanya mereka akan memilih warna-warna selamat seperti putih, kuning air, merah samar atau coklat muda.

"Bagaimanapun, orang Melayu dan India agak ke depan dan sanggup mencuba warna-warna yang berbeza dengan warna-warna selamat. Sebab itu kita lihat rumah-rumah orang Melayu terutamanya di kampung-kampung nampak ceria dengan pelbagai warna-warna terang.

"Ini sekali gus membangkitkan keceriaan kepada penghuninya dan menjadikan rumah nampak lebih berseri,'' ujar Chen lagi.

Beliau berkata, dalam memilih warna cat, selain warna asas, pelanggan harus bijak memadan atau mengkombinasi warna.

Tidak bijak atau tidak betul mengkombinasi warna, cat rumah akan nampak kusam dan malap. Bahkan, warna juga mempunyai maksud tersendiri kerana ia mampu menjadikan sesuatu ruang itu nampak kecil atau besar.

Chen menasihatkan pelanggan untuk memilih lebih daripada satu warna untuk rumah. Rumah yang hanya dicat satu warna akan nampak membosankan.

"Gunakan konsep dua tona, iaitu satu warna gelap dan satu warna natural atau lebih cair. Pelanggan turut boleh memadankan warna mengikut trend semasa.

"Contohnya warna cat yang gelap sedikit sesuai dengan ruang yang kecil agar nampak besar. Dinding belakang ruang menonton televisyen boleh dicat gelap sementara ruang yang lain diwarnakan terang.

"Jika dalam bilik tidur, dinding di kepala katil diwarnakan gelap, bahagian yang lain diwarnakan terang pula. Dinding utama ruang tamu (feature wall) juga boleh diwarnakan gelap dan nampak seolah-olah seperti bingkai gambar,'' jelas Chen.

Tambahnya, bagi mereka yang sukakan warna semula jadi, boleh memilih warna kelabu kerana walaupun warna ini tidak terang namun nampak eksklusif.

Menurut Chen, dinding luaran yang dicat dengan warna-warna seperti jingga, merah cili dan ungu akan cepat pudar kerana warna-warna ini tidak semulajadi dan tidak tahan sinar lembayung ungu.

Pun demikian, bagi mereka yang memilih cat Jotun untuk luaran akan berpuas hati kerana cat ini tahan selama lapan tahun memandangkan Jotun merupakan pelopor teknologi tahan sinar lembayung ungu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.