VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 01/10/2009

Penyaman udara jimat tenaga


SELAIN kecemerlangan fungsi, produk penyaman udara Fujitsu juga memberi fokus kepada penjagaan alam sekitar.


CUACA yang agak panas di Malaysia menyebabkan banyak kediaman di negara ini dilengkapi penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada penghuninya ketika berada di rumah.

Melihat kepada keperluan itu, pelbagai jenis alat penyaman udara telah mula diperkenalkan dengan dilengkapi aplikasi teknologi moden serta canggih.

Tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan tersebut, pengilang penyaman udara global, Fujitsu General Limiterd (Fujitsu) baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian penuh bagi penyaman udara arus terus songsang (DC Inverter).

Menurut Pengurus Besar Fujitsu General Asia, Naoya Harada, tawaran produk berkenaan adalah sebagai memenuhi permintaan terhadap produk mesra alam sebagai inisiatif kepada penjagaan alam sekitar, sumber alam dan pemanasan global.

"Pembangunan produk ini menggunakan pendekatan teknologi profesional agar tenaga dapat dijana secara efisien untuk prestasi penyamanan yang lebih berkualiti,'' katanya pada pelancaran produk tersebut di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Produk itu juga didatangkan dalam pelbagai rekaan seperti lekat di dinding dan juga di siling selain fungsi saluran versatil dan fleksibel untuk apa juga bentuk bangunan.

Berbanding penyaman udara konvensional, produk terbaru ini mempunyai beberapa kelebihan seperti penyejukan pantas, halaju pemampat yang tinggi dan mod penjimatan tenaga senyap.

Menerusi fungsi penjimatan tenaga, halaju pemampat yang tinggi akan memberi penyejukan pantas dan apabila suhu yang sesuai telah dicapai, halaju pemampat akan dikurangkan untuk menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus.

Berpengalaman menghasilkan penyaman udara sejak 1962, penampilan produknya kali ini memberi fokus kepada beberapa fungsi tambahan yang lebih menarik.

Antaranya adalah seperti pembersih penapis automatik yang mempunyai keupayaan membersih kotoran seperti debu dan bakteria dalam tempoh dua minit.

Pengoperasiannya juga senyap iaitu pada tahap 21 desibel (dB), dilengkapi penapis penyahbau dan penyerap habuk halus seperti spora, kulat dan mikro organisme.

Bagi aktiviti penyelenggaraan pula, ia dapat dilakukan dengan lebih mudah melalui bahagian panel hadapannya yang boleh dibuka.

Maklumat terperinci mengenainya boleh diperoleh melalui laman web www.fujitsu-aircon.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.