Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 28/09/2009
USF1 mungkin tarik diri musim 2010

USF1 mungkin tarik diri musim 2010

SINGAPURA - Supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone menggambarkan pasukan baru F1 dari Amerika Syarikat, USF1, mungkin tidak beraksi bagi musim 2010.

Dijangka 14 pasukan akan berlumba untuk musim depan berbanding hanya 10 pasukan yang beraksi musim ini namun Ecclestone menjangkakan satu pasukan akan menarik diri.

"Saya fikir satu atau dua pasukan tidak akan mengambil bahagian," katanya kepada BBC pada perlumbaan Grand Prix Singapura semalam.

"Itu yang telah diberitahu kepada saya, kemungkinan USF1 adalah tinggi."

Antara pasukan baru yang akan beraksi musim depan termasuk pasukan dari Sepanyol, Manor; Campos (Britain) dan Lotus 1MF1T (Malaysia). - AFP

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN