VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
REKREASI

ARKIB : 26/09/2009

Khazanah Belum untuk generasi muda




MUHAMMAD Fazuankhairi Fazhil membelek-belek dedaun hijau pokok cinta mula yang tumbuh di tepi Tasik Temenggor, Grik, Perak. Tingginya hanya lima meter dan daunnya berbentuk seperti sudu.

“Pelik namanya,” fikir pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu.

Baru anak muda itu tahu bahawa pokok dengan nama saintifik, Erythroxylum Cuneatum itu sangat berguna dalam bidang perubatan termasuk menjadi penawar ketagihan dadah.

“Sekarang saya menyedari bahawa ada banyak perkara yang belum saya pelajari mengenai alam semula jadi kita terutama di Hutan Belum ini.

“Jika tidak ada pendedahan, saya tidak akan mengenali anugerah yang dimiliki alam ini,” ujarnya ketika Program Kesedaran Alam Semulajadi di Hutan Belum di Grik, Perak, baru-baru ini.

Seramai 40 pelajar sekolah di sekitar Gerik dan Kuala Kangsar menyertai program sehari anjuran Yayasan Pulau Banding dan Kumpulan Emkay itu.

Duta Pemeliharaan dan Pengekalan Alam Semulajadi yang juga merupakan penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah turut serta untuk mengenali dengan lebih dekat khazanah alam di Belum.

Fazuankhairi berkata, program sedemikian dapat membuka mata generasi muda untuk lebih menghargai khazanah alam dengan lebih berkesan.

“Kalau kita tidak jaga siapa lagi yang akan menjaganya. Jika alam ini musnah, kita juga yang rugi,” katanya.

Melalui program tersebut, kesemua pelajar daripada enam buah sekolah didedahkan tentang kepentingan memelihara dan memulihara flora dan fauna.

Bagi Nur Amirah M. Rosdi, 14 pula, program tersebut menjadi asas baginya untuk mendekati alam di sekitarnya.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai program seperti ini. Walaupun saya tinggal berdekatan dengan Hutan Belum, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menerokai kawasan ini,” katanya.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Seri Wan Mohammad, Gerik itu mengakui bahawa generasi seusianya agak kurang berminat untuk mempelajari sesuatu yang berguna seperti itu.

“Memang ramai antara kami langsung tidak mengenali spesies pokok yang terdapat di sini, apatah lagi mengetahui faedahnya kepada manusia,” katanya lagi.


Abdul Latiff Mohamed (kiri) memberi penerangan mengenai keistimewaan hutan Belum yang turut dihadiri oleh Dayang Nurfaizah (dua dari kiri).


Menyedari hakikat itu, Yayasan Pulau Banding, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempelopori usaha memelihara kawasan pulau itu, Tasik Temenggor dan Hutan Hujan Belum mengambil inisiatif bagi memberi pendedahan kepada generasi muda dalam memastikan warisan semulajadi negara itu terus terpelihara.

Pengerusi Yayasan Pulau Banding, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, yayasan ditubuhkan bagi menyediakan input kepada Kerajaan Negeri Perak mengenai pembangunan dan pengurusan hutan di situ.

Di samping itu, yayasan menjalankan penyelidikan alam semulajadi dan pembangunan mampan di sekitarnya serta melaksanakan projek pemuliharaan spesies haiwan, antaranya ikan Kelah.

“Ini program pertama yayasan yang melibatkan pelajar sekolah. Kita sedar bahawa alam semulajadi perlu dijaga dan ia bukan sekadar oleh satu generasi sahaja.

“Generasi akan datang juga perlu mengetahui bagaimana untuk menghargai alam semulajadi kita dan mengambil faedah darinya,” ujar beliau.

Yayasan merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Mac 2008 dengan matlamat memastikan sebarang pembangunan di kawasan yang dikenali sebagai Kompleks Hutan Belum Temenggor seluas 320,000 hektar itu dilaksanakan dengan teratur dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Abdul Latiff berkata, yayasan itu juga berfungsi memperkenal dan mendidik para pelawat yang datang ke situ mengenai flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tertua itu.

“Usianya mengatasi hutan Amazon dan hutan Congo tetapi fakta ini tidak disedari ramai. Pulau Banding juga adalah satu-satunya pintu masuk pengunjung ke Hutan Belum.

“Lebih istimewa, kawasan ini bukan sahaja kaya dengan lebih 3,000 spesis tumbuhan dan lebih 500 spesis haiwan, malah masih banyak lagi spesis yang masih belum dikenal pasti,” jelasnya.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah yang hadir bagi memberi sokongan dan motivasi kepada peserta berkata, program itu diharap dapat membentuk sikap cintakan alam semula jadi dikalangan generasi muda.

Katanya, masih ramai pelajar sekolah terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak berpeluang menyertainya.

“Penting bagi kita di negara ini yang masih mempunyai aset berharga untuk memastikan ia terus terjaga. Salah satu caranya adalah dengan melatih anak-anak kita,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.