Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/09/2009
Belanjawan mampu rangsang ekonomi

Belanjawan mampu rangsang ekonomi

BACHOK 22 Sept. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyifatkan belanjawan 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober depan mampu merangsang perkembangan ekonomi negara ke arah lebih positif.

Katanya, situasi ekonomi negara semasa masih belum pulih 100 peratus justeru belanjawan terbabit akan menjadi perangsang utama kepada pergerakan pasaran ke arah hala tuju yang positif.

Beliau menjelaskan, belanjawan itu adalah rangkuman kepada pengurusan ekonomi yang bijak sambil mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini seperti yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.

''Pengurusan ekonomi yang bijak oleh Perdana Menteri adalah untuk menangani masalah ekonomi dan merapatkan hubungan rakyat Malaysia dalam konsep 1Malaysia melalui perpaduan berbilang kaum.

''Saya yakin belanjawan ini akan membuatkan negara kita berjaya untuk menangani masalah kemelesetan ekonomi dan juga memupuk perpaduan di kalangan rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, langkah pemulihan ekonomi yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini pun telah berjaya memulihkan beberapa sektor utama di negara ini terutama sekali sektor perkhidmatan dan perkilangan.

Langkah itu katanya, antara lain memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan kerana ia mampu bertahan walaupun berlaku kegawatan di peringkat global.

Mengulas mengenai pakej rangsangan yang dilaksanakan kerajaan, Awang Adek berkata, kedua-dua pakej tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN