VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 20/09/2009

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

20/09/2009 2:57am

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Lagi kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Dalam kejadian petang semalam sebuah kereta Ford yang diletak di tempat meletak kenderaan kondominium Wangsa Heights di Jalan Wangsa 7, Bukit Antarabangsa di sini tertimbus akibat di hempap batu cerun yang runtuh.

Berdasarkan siasatan awal, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.00 petang itu disebabkan hujan lebat sejak dua hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Amiruddin Jamaluddin berkata, bagaimanapun polis hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 8.30 malam oleh salah seorang penghuni.

Menurut beliau, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada IKRAM dan MPAJ untuk tindakan susulan.

"Berdasarkan laporan awal, kami difahamkan kejadian runtuhan ini tidak menjejaskan struktur bangunan berhampiran," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, setakat lewat malam tadi, polis belum mengarahkan mana-mana penduduk berhampiran untuk berpindah.

- Utusan

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.