VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 20/09/2009

Cari pendekatan baru elak kemalangan

KHAMIS lalu di Kilometer 76, Jalan Kota Bahru - Machang, kelima-lima orang dalam sebuah kereta maut dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan. Ini adalah cerita duka seperti tahun-tahun sebelum ini menjelang Hari Raya.

Sementara itu satu-satunya kempen yang paling lama disogokkan kepada kita ialah Kempen Keselamatan Jalan Raya. Secara umumnya sebahagian besar daripada kita mendengar tentang kempen ini sejak lebih 30 tahun lalu. Tetapi di mana silapnya kempen yang paling dominan antara kempen-kempen lain adalah yang paling gagal mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya?

Kempen Keselamatan Jalan Raya tidak berupaya mengubah statistik kemalangan di jalan raya. Apakah ini boleh diandaikan kenderaan bertambah di atas jalan-jalan raya atau sememangnya pendekatan kempen yang gagal memberikan kesan?

Hari ini Hari Raya. Pada setiap kali menjelang perayaan besar seperti Hari Raya atau Tahun Baru Cina, keceriaan sering berbaur kedukaan apabila sanak saudara menjadi korban di jalan raya. Jadi apalah ertinya perayaan kalau saban tahun bersulam kedukaan yang tragis.

Jangan terkejut apabila statistik menunjukkan purata 17 orang maut dalam kemalangan jalan raya di negara ini. Malah dalam kajian yang dilakukan oleh Drive and Stay Alive Inc. sebuah agensi bebas yang berpusat di New York menunjukkan Malaysia mempunyai kadar kematian penduduk tertinggi di dunia iaitu 27 orang dalam 100,000 orang. Ini termasuklah kematian disebabkan kemalangan jalan raya. Statistik Ops Sikap 1 (2001) hingga Ops Sikap 4 (2003) misalnya mencatatkan 872 kemalangan maut.

Kita boleh menyalahkan pengguna jalan raya terutama pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak berdisiplin. Malah kita juga sudah melancarkan Ops Sikap sejak 2001 hingga tahun ini dengan harapan operasi pemantauan di jalan-jalan utama seluruh negara boleh mengurangkan kemalangan.

Bertindak

Ternyata kita tidak boleh mengharapkan pihak polis semata-mata untuk mengurangkan kemalangan. Polis bertindak di peringkat akhir iaitu di atas-atas jalan raya. Tetapi kita juga wajar bertanya bagaimana pula dengan keadaan jalan yang sering berlaku kemalangan?

Lihat saja statistik ini, pada Ops Sikap 1 tahun 2001 sebanyak sebanyak 223 nyawa terkorban daripada 9.014 kemalangan (165 kemalangan maut). Pada Ops sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2007, sebanyak 225 nyawa terkorban daripada 15,911 kemalangan (202 kemalangan maut).

Sepanjang 2001 hingga 2007 apakah yang kita lakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya? Adakah faktor utama kadar kemalangan maut antara 2001 hingga 2007 ialah sikap pemandu atau sebab-sebab lain yang tidak pernah dibangkitkan sebelum ini? Kenapa ada beberapa lokasi dikenalpasti sebagai bahaya kalau bukan faktornya ialah keadaan jalan raya? Pihak polis telah mengenalpasti lokasi bahaya tetapi pihak yang bertanggungjawab di lokasi berkenaan tidak mengambil sikap proaktif untuk mengatasi masalah ini. Maknanya kemalangan maut bukan saja disebabkan oleh sikap pemandu tetapi faktor jalan.

Pernahkah kita menyalahkan pihak yang berkuasa ke atas lokasi-lokasi bahaya yang dikenalpasti oleh pihak polis ini? Saban tahun kita hanya meletakkan kesalahan kepada pemandu walaupun kita tidak dapat menafikan sikap pemandu juga menyumbang kepada kemalangan maut. Jalan persekutuan ternyata menjadi lokasi yang menyumbang kepada kemalangan maut. Buktinya dalam Ops sikap ke 15 tahun 2007 sebanyak 81 kemalangan maut daripada 3,522 kemalangan adalah di jalan persekutuan. Berbanding 21 kemalangan maut di lebuh raya daripada 1,350 kemalangan.

Adakah kita boleh membuat kesimpulan bahawa pemandu di lebuh raya lebih berhemah berbanding jalan persekutuan? Atau sikap pemandunya sama di mana-mana juga tetapi keadaan jalan yang membezakan angka kemalangan maut antara lebuh raya dan jalan persekutuan? Apakah yang telah dilakukan ke atas jalan-jalan persekutuan yang menjadi lokasi bahaya ini?

Secara jujur, seriuskah kita berusaha mengurangkan kemalangan maut kecuali retorik belaka? Polis telah menjalankan tugas dengan cemerlang tetapi bagaimana dengan pihak-pihak lain? Kita semua tahu pihak yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya. Tetapi kita agak kabur siapakah yang bertanggungjawab ke atas jalan-jalan persekutuan. Kementerian Kerja Raya, kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT)? Ini yang tidak pernah ditanya apabila saban tahun perayaan bertukar menjadi tragis dek kemalangan maut di jalan raya.

ramalan

Kalau kita mahu mencari alasan, bolehlah kita gunakan ramalan Asian Development Bank (ADB) bahawa pada tahun ini sebanyak 300,000 orang maut dan 24 juta cedera di jalan raya Asia Tenggara. Apakah kita boleh menganggap kematian di atas jalan raya satu fenomena biasa? Kenderaan memang boleh membunuh. Kenyataan ini tidak boleh dinafikan sejak mangsa pertama Bridget Driscoll yang maut dalam kemalangan jalan raya pada 17 Ogos 1896 hingga kini 24 juta orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh dunia.

Tetapi apabila kita menerima kenderaan sebagai satu keperluan hidup pada zaman ini, kita juga mesti berusaha keras untuk mengurangkan akibat daripada kenderaan. Usaha yang dimaksudkan bukanlah hanya Kempen Keselamatan Jalan Raya yang sudah tepu itu. Malah kempen itu perlu dinilai semula apakah kesannya setimpal dengan perbelanjaan yang dikeluarkan dan masa yang dihabiskan untuk tujuan itu. Kita mesti melakukan sesuatu ke atas lokasi yang menjadi perangkap maut pengguna-pengguna jalan raya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.