VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 19/09/2009

Handal Indah labur RM120j


Lim Hian Weng menunjukkan deretan bas Causeway Link milik Handal Indah di Kawasan Perindustrian Tebrau 4 di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 18 Sept. - Handal Indah Sdn. Bhd. (HISB), syarikat pengangkutan bas awam terbesar di negeri ini telah melabur kira-kira RM120 juta untuk menyediakan 300 bas sejak ia mula beroperasi enam tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Lim Hian Weng berkata, syarikat itu bakal menyuntik lagi pelaburan kira-kira RM80 juta untuk menyediakan 200 bas baru dalam usaha menjadikan jumlah keseluruhan bas kepada 500 buah menjelang akhir 2011.

Beliau berkata, secara purata Handal Indah berjaya menyediakan tiga bas baru setiap bulan bagi memperkasakan syarikat berdepan persaingan industri yang semakin mencabar pada masa akan datang.

"Kami sangat beruntung kerana memiliki kepakaran untuk membina dan menyediakan bas sendiri dalam usaha mengurangkan kos pelaburan kepada syarikat.

"Dengan anggaran kos sebuah bas berjumlah RM400,000, kami dapat menjaga aspek kualiti yang tinggi seperti memasang tempat duduk dan menggunakan kayu yang baik berbanding menempah daripada pihak lain," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Pada Mei 2003, HISB menjadi syarikat tempatan pertama yang memecah monopoli syarikat bas dari Singapura selama 56 tahun bagi perkhidmatan bas berulang-alik antara Johor Bahru dan negara jiran itu.

Memulakan operasi dengan lima bas, HISB yang menggunakan jenama Causeway Link kini menawarkan perkhidmatan seperti bas ekspres, bas antara bandar, bas sewaan, bas jelajah bandar (city tram) dan pengiklanan di badan bas.

Laluan bas ekpress melibatkan Johor Bahru ke Mersing, Batu Pahat, Segamat, Kuala Lumpur dan Klang.

Ditanya cabaran yang dihadapi syarikat pada masa ini, Hiang Weng berkata, syarikat berpendapat menyediakan perkhidmatan terbaik bagi golongan berpendapatan rendah merupakan cabaran yang lebih getir.

Jelasnya, mengejar keuntungan tinggi semata-mata bukan menjadi matlamat HISB namun syarikat sentiasa berfikir bagaimana dapat membantu golongan berkenaan menikmati aktiviti harian yang sempurna.

"Kami mengambil saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar seseorang usahawan itu berkhidmat untuk masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Bukan mengejar keuntungan tinggi sebaliknya membantu masyarakat dengan menyediakan sistem pengangkutan bas awam yang selesa, selamat dan harga tambang yang berpatutan," katanya.

Mengulas perancangan HISB, Wian Seng berkata, pihaknya akan membuka laluan baru iaitu dari Johor Bahru ke Kuantan dan Melaka dalam masa terdekat ini selain meningkatkan laluan antara bandar di sekitar negeri ini, terutama di Batu Pahat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.