|
LOS ANGELES 18 Sept. - Drama bersiri Mad Men dan siri komedi 30 Rock merupakan rancangan kegemaran yang berjaya mengaut anugerah utama di Emmy Awards ke-61 Ahad lalu.
Stesen televisyen AMC mempopularkan Mad Men yang berkisar mengenai dunia politik kotor di agensi pengiklanan New York pada awal tahun 1960-an, sekali gus mengulangi kemenangannya pada tahun 2008 dengan meraih anugerah drama siri terbaik.
Drama siri kritis itu turut dicalon untuk kategori pelakon pembantu yang dimenangi oleh Jon Hamm dan Elisabeth Moss di acara besar-besaran yang berlangsung di Nokia Theater di Los Angeles.
Tom O'Neil, pakar anugerah dan pemilik blog theenvelope.com, Los Angeles berkata, Mad Men berjaya membuktikan ia terlalu kuat untuk disaingi oleh calon-calon lain termasuk Breaking Bad, Damages dan House.
"Mad Men pastinya mempunyai faktor terbaik untuk masa sekarang, ia bergaya, ditulis dengan baik dan ia mempunyai sesuatu yang sangat penting, tarikan yang angkuh, mungkin juga tarikan golongan elit," katanya.
Ia tetap ditonton meskipun populariti Mad Men dikatakan akan membantu Hamm dan Moss meraih anugerah dalam kategori pelakon pembantu terbaik.
Sementara itu, pelakon lelaki terbaik bagi drama bersiri ialah Bryan Cranston dalam Breaking Bad, sekali lagi meraih kemenangan untuk drama yang mengisahkan seorang guru kimia di sekolah tinggi yang terlibat dalam jenayah.
Untuk kategori pelakon wanita terbaik, pelakon veteran, Glenn Close memenangi anugerah Emmy ketiga dalam kerjayanya bagi wataknya sebagai peguam New York yang tidak berhati perut, Patty Hewes dalam Damages.
Pencalonan lain termasuk Moss untuk Mad Men, Sally Field, Brothers & Sisters, Mariska Hargitay dalam Law & Order, Kyra Sedgwick dalam The Closer dan Holly Hunter dalam Saving Grace. - AFP
IKLAN@UTUSAN
|