VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 18/09/2009

5,000 tiket bas tambahan disediakan

KOTA KINABALU 17 Sept. - Persatuan Bas Ekspres Sabah (Seboc) telah menyediakan sebanyak 5,000 keping tiket bas tambahan ke Sandakan, Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak sempena Aidilfitri.

Presidennya, Donald Hanafi berkata, kira-kira 212,000 atau sebanyak 85 peratus keping tiket telah pun terjual setakat ini manakala baki tiket yang masih ada dijangka habis dibeli sehari sebelum menjelangnya satu Syawal.

''Kita mempunyai sebanyak 106 buah bas ekpres di Terminal Bas Ekspres Inanam yang beroperasi setiap hari dan jadual perjalanan bas akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 8 malam.

''Penumpang paling ramai adalah pada sebelah malam di hujung minggu kerana masa ini dianggap sesuai di kalangan mereka yang bekerja untuk pulang kampung," katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Donald berkata, terdapat sedikit kelembapan terhadap penjualan tiket bas ekspres pada tahun ini.

Menurutnya, berbanding pada tahun lepas, pihaknya telah pun menambah sebanyak 30 buah bas bagi menampung jumlah permintaan daripada orang ramai yang masih belum mendapat tiket bas di saat akhir.

''Keadaan pada tahun ini agak berbeza kerana kita belum lagi buat permohonan membuat permit bas tambahan dengan pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

''Mungkin disebabkan kelembapan ekonomi menyebabkan ramai warga Pantai Timur Sabah ini membuat keputusan untuk berhari raya di Kota Kinabalu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan oleh kakitangan bas ekspres memberi kepercayaan kepada penggunanya, apatah lagi setakat ini belum ada kes kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu bas ekspres di Sabah.

''Di Malaysia, Sabah adalah negeri yang paling bertuah kerana kita tidak pernah mencatat kemalangan akibat kecuaian pemandu bas. Begitu juga dengan kes ulat tiket.

''Ketiadaan ulat tiket seperti yang berlaku di Pudu Raya, Kuala Lumpur menyebabkan pendapatan pengusaha bas ekpres kita tidak terjejas. Kita berharap keadaan ini akan kekal demi memastikan kestabilan industri pengangkutan bas ekspres di Sabah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.