VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 13/09/2009

Epic Valley bantu fakir miskin RM50,000

BAGAN SERAI 12 Sept. - Epic Valley Holding Sdn. Bhd. (Epic Valley), sebuah syarikat perumahan yang beroperasi di sini meneruskan tradisi tahunannya dalam membantu golongan fakir miskin sempena ketibaan Syawal tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Fng Ah Seng berkata, pada tahun ini, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membantu seramai 250 orang fakir miskin di kawasan sekitar Parit Buntar dan Bagan Serai.

''Walaupun saya orang Cina tetapi selaku rakyat Malaysia, saya mesti tolong orang susah dan golongan fakir miskin tanpa mengira kaum.

''Inilah yang dinamakan semangat Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kita semua mesti hidup bersatu padu dan saling bantu-membantu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada fakir miskin dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di sini hari ini.

Ah Seng berkata, sebagai sebuah syarikat perumahan yang mendapat keuntungan daripada operasinya, maka beliau berpendapat keuntungan berkenaan wajar dikongsi bersama masyarakat tempatan.

Kata beliau, ia juga selaras dengan saranan kerajaan supaya syarikat swasta menjalankan tanggungjawab sosial mereka agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan lebih aman dan selesa.

''Saya selalu percaya, Tuhan akan menambah rezeki jika kita dengan ikhlas membantu masyarakat susah.

''Saya juga yakin, penerima bantuan yang dipilih oleh MAIAMP menyambut bantuan ini dengan penuh makna dan kesyukuran," katanya.

Selain memberi bantuan kepada fakir miskin, Epic Valley pada tahun ini juga turut membina dua buah surau baru masing-masing bernilai RM50,000 juga di Parit Buntar dan Bagan Serai.

Ah Seng berkata, syarikatnya juga telah membantu mengubah suai dua buah surau yang telah uzur di kawasan sekitar ini dengan kos sebanyak RM8,000.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.