|
![]() |
|
Rosmah Mansor menyampaikan bunga telur kepada hadirin yang hadir pada majlis Tadarus dan Khatam al-Quran di Sri Satria, Putrajaya semalam. |
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan majlis Tadarus dan Khatam al-Quran di kediamannya di Sri Satria, Putrajaya, semalam.
Ibu Perdana Menteri yang juga ibu mentua Rosmah, Tun Rahah Mohd. Noah antara peserta majlis khatam al-Quran tersebut.
Majlis dihadiri kira-kira 50 tetamu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli-ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta rakan-rakan beliau.
Juara pertandingan menghafaz al-Quran 30 juzuk peringkat kebangsaan, Muhammad Ahmad Zahid, 14, turut memperdengarkan bacaannya pada majlis tersebut.
IKLAN@UTUSAN
|