VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 07/09/2009

Sentuhan Amerika moden klasik


Ruang tamu kelihatan luas dan terang dengan penggayaan warna pastel.


RUMAH tiga tingkat yang terletak di kawasan perumahan elit milik NAZA TTDI yang dipanggil The Valley bakal memberi panduan kepada para pembeli seterusnya dalam mencorakkan rumah mereka.

Berfungsi sebagai kediaman contoh, dengan menggunakan konsep Amerika moden klasik, suatu yang jarang diguna pakai oleh pemilik kediaman masa kini begitu istimewa dan selesa bagi seisi keluarga.

Hasil kreativiti pereka dalaman Casa Impian Holdings Sdn. Bhd. (Casa Impian) telah menerapkan tema perabot moden dan bercirikan keunikan reka bentuk Barat, telah berjaya menampilkan sebuah kediaman contoh yang berkarisma dan beridentiti.

Ruang tamu utama kelihatan luas dan terang dengan penggayaan warna pastel. Disulami pula dengan dinding tumpu berwarna hijau klasik memberi impak yang istimewa kepada pengunjung tatkala menjejakkan kaki ke rumah contoh ini.

Pengarah Urusan Casa Impian Holdings Sdn. Bhd., Datin Noorlinda Abd. Talib berkata, penggayaan perabot yang direka khas oleh pereka dalaman Casa Impian melambangkan perabot ala Barat, diaplikasikan dengan fabrik tahan lasak, sinonim dengan arus modenisasi yang dipaparkan.

Dinding pemisah antara ruang tamu dengan ruang makan direka dan diaplikasi khas agar penghuni dapat merasai perbezaan yang dipaparkan pada kedua-dua bahagian ini.

Penggunaan cermin sebagai titik tumpu menjadikan ruang makan tampak terang sesuai dipadankan dengan meja makan berona gelap.

Rekaan kerusi ala perabot Barat begitu menyerlah, serasi dengan cita rasa klasik yang ditonjolkan.

''Keistimewaan bilik tetamu yang berada di tingkat bawah tampil menawan dengan penggunaan fabrik terpilih dan motif kerawang di kepala katil. Tata hias moden bilik ini turut dicetuskan dengan gaya klasik melalui motif kerawang yang dipaparkan.

''Penggunaan hiasan dinding pada rumah contoh ini dikhususkan untuk ruang keluarga di tingkat satu. Ruang santai ini dihiasi dengan dinding kertas bercorak dengan warna terpilih yang bersesuaian. Lengkap dengan televisyen dan aksesori dekorasi, ditambah pula dengan hiasan pokok bunga melengkapkan lagi gaya hias penjuru ruang ini.

''Bilik tidur utama bersiling tinggi sememangnya selesa dengan gaya konsep yang ditampilkan. Penggayaan kepala katil baldu berona hitam membangkitkan seri bilik ini dengan gabungan cadar dan almari berona putih,'' katanya baru-baru ini.

Menurut Noorlinda, kepakaran dan ketelitian pereka dalaman terserlah dengan cetusan idea mentransformasikan bilik bayi di tingkat satu.

Kombinasi warna merah muda dengan putih mencetuskan fenomena yang berbeza untuk menyambut orang baru dalam keluarga.

Ruang santai di tingkat dua begitu serasi dengan nama yang diberi, ruang cigar. Tata hiasnya berkonsepkan perbincangan tidak rasmi yang merupakan objektif transformasi ini dihasilkan. Pilihan warna-warna maskulin digunakan sepadan dengan nama diberi.

Kediaman yang penuh gaya dengan perabot serta kemasan lembut yang cantik pasti tidak sempurna tanpa aksesori dekorasi sebagai pelengkap kediaman.

Untuk itu, koleksi Casa Impian Living digunakan untuk melengkapkan gaya mewah banglo ini.

Sebanyak 60 peratus aksesori yang dipaparkan adalah koleksi Casa Impian Living yang sememangnya sesuai dengan konsep yang ditonjolkan. Koleksi yang menggabungkan elemen moden dan klasik seperti jam dinding, lukisan dinding, pasu dan pemegang lilin membangkitkan gaya mewah dan eksklusif.

Rumah ini turut memaparkan sebuah bilik yang dijadikan gimnasium, sesuai dengan gaya hidup masyarakat kota yang sibuk dengan tugas dan aktiviti harian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.