VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 Jun 2013 / 10 Syaaban 1434  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/08/2009

Jabatan Penjara tiada pakar sebat syariah


Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan mesyuarat pertama Kepimpinan Petugas Khas Kebangsaan bagi Menjayakan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Nasional Berkaitan Usaha Menangani Masalah Jenayah di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 25 Ogos - Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan pakar bertauliah yang mampu melaksanakan hukuman syariah atas kesalahan meminum arak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan kes pertama bagi Jabatan Penjara yang hanya berpengalaman luas dalam kesalahan dadah dan rogol.

''Dari segi tanggungjawab, saya difahamkan di bawah Akta Negara memang kita dipertanggungjawabkan tetapi tak mungkin saya benarkan hukuman dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran.

''Perkara ini perlu dibincangkan dengan pihak seperti Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Penjara serta mereka yang pakar dalam bidang ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Kepimpinan Petugas Khas Kebangsaan bagi Menjayakan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Nasional Berkaitan Usaha Menangani Masalah Jenayah.

Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi, 32, sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang tetapi ditangguhkan setelah mendapat arahan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Adul Rahman Yunus semalam.

Hishammuddin berkata, walaupun dari segi tugas, amanah dan tanggungjawab melaksanakan hukuman sebat terletak di bahu Jabatan Penjara namun kemahiran untuk melakukannya juga perlu ada.

Ditanya adakah hukuman tersebut dapat dilaksanakan selepas Ramadan, beliau berkata, isu itu terpaksa dihadapi tetapi realitinya Jabatan Penjara masih belum bersedia.

Beliau menambah, hukuman syariah bukan perkara biasa yang boleh dilaksanakan jika tiada pengalaman.

''Bagi saya kalau tidak ada orang yang hendak laksanakan hukuman ini macam mana kita hendak lakukan secara adil.

"Islam menuntut kalau sesuatu perkara hendak dilaksanakan mestilah mengikut hukum dan juga dengan adil," katanya.

Mengenai tempoh latihan kepada jurusebat bagi melaksanakan hukuman tersebut, beliau berkata, jika ia boleh dilakukan dalam sehari, hukuman sudah boleh dilaksanakan.

Beliau bagaimanapun mengakui Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bersedia dari sekarang untuk melaksanakan hukuman tersebut jika ia sudah menjadi satu keperluan.

''Realitinya saya tidak akan lari daripada apa yang sepatutnya, iaitu keadilan dan kesaksamaan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di sebalik keputusan mahkamah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 05:42
Zohor 1:17
Asar 4:43
Maghrib 7:26
Isyak 8:42
 
 



 
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Arkib Jom Chat
Koleksi Jom Chat Bersama...
Arkib Laporan Langsung
Koleksi Laporan Langsung
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.