|
JAKARTA 25 Ogos — Rundingan antara Indonesia dan Malaysia mengenai sempadan wilayah yang mengalami tuntutan bertindih di laut Sulawesi, yang dikenali sebagai kawasan Ambalat oleh Indonesia, kini mencapai kemajuan, kata Menteri Luar Negeri Indonesia, Hassan Wirajuda hari ini.
Beliau berkata, satu daripada kemajuannya ialah kini ada pasukan perunding dari Malaysia yang lebih melancarkan proses perundingan berbanding sebelum ini.
“Pada 20 Julai telah ada pertemuan di Kota Kinabalu, khusus membincangkan masalah sempadan perairan kita baik laut wilayah dan landas kontinen serta Zon Ekonomi Eksklusif,” katanya kepada pemberita seperti dipetik agensi berita Antara di Istana Presiden di sini. - Bernama
IKLAN@UTUSAN
|