Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KOTA

ARKIB : 17/08/2009
Pegawai Astro hilang di Lata Hammer

Pegawai Astro hilang di Lata Hammer

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seorang pegawai Astro hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Hammer, Lembah Perting di Batu 7, Jalan Kuala Lumpur-Bentong, Bentong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Cici Norhayanti Roslan, 24, menjerit meminta tolong ketika sedang mandi di kawasan air terjun itu.

Beberapa rakan mangsa dikatakan terjun ke dalam air bagi menyelamatkannya, namun mangsa tenggelam dan hilang.

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong belum menemui mangsa.

Mangsa bersama beberapa pegawai dan kakitangan Astro yang lain mengikuti perkelahan di kawasan berkenaan sejak pukul 10 pagi.

Rakan mangsa membuat laporan di Balai Polis Bentong pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, usaha mencari mangsa sehingga tengah malam tadi gagal dan akan diteruskan esok.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN