Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
JENAYAH

ARKIB : 17/08/2009
Tukang cuci kereta maut ditembak perompak

Tukang cuci kereta maut ditembak perompak

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Setiap hujung minggu, menjadi rutin lelaki ini mengambil kereta dari rumah seorang peniaga di Taman Suntex, Batu 9, Cheras di sini, untuk dicuci.

Dan hari ini, dia memasuki kawasan rumah peniaga tersebut seperti biasa untuk mengambil kunci kereta jenis Honda Stream milik pelanggan tetapnya itu.

Sedikit pun Asril Sanusi atau dikenali sebagai Ah Chai, 59, tidak menyangka rutin hujung minggu itu membawa maut apabila dia terserempak dengan tiga penjenayah yang sedang merompak rumah peniaga terbabit.

Ekoran terkejut dengan kehadirannya, penjenayah tersebut bertindak menembak Ah Chai sebaik sahaja dia memasuki pekarangan rumah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Shakaruddin Che Mood berkata, mangsa ditembak sebanyak dua das dan mengenai dadanya.

"Mangsa yang merupakan rakyat Indonesia dan memiliki taraf penduduk tetap (PR) meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, ketiga-tiga penjenayah sebelum itu mengikat peniaga, isteri, anak-anak dan pekerjanya sebelum memaksa mereka menyerahkan wang dan barangan kemas.

"Tiada pergelutan antara mereka namun, terdapat kecederaan di bahagian pergelangan tangan mangsa.

"Kesemua mereka diikat dengan dawai besi sebelum penjenayah melarikan wang tunai dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM6,000," katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN