VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 12/08/2009

Teroka laluan lasak Sarawak-Sabah


AHMAD Johanif Ali (berdiri tiga dari kiri) bersama peserta motosikal lasak sebelum memulakan ekspedisi 'Borneo Raid 2009' menjelajah Sarawak hingga ke Sabah di Kuching, kelmarin.


KUCHING 11 Ogos - Seramai 16 pelancong Itali menggunakan motosikal lasak memulakan ekspedisi 'Borneo Raid 2009' menjelajah Sarawak hingga ke Sabah.

Penjelajahan selama 21 hari itu merupakan julung kali diadakan membabitkan pelancong dari Itali yang mengambil kesempatan meneroka laluan lasak di sekitar Sarawak sebelum ke Sabah.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak, Ahmad Johanif Ali.

Ekspedisi tersebut merupakan satu kaedah baru untuk menikmati keindahan negeri Sarawak yang kaya dengan budaya dan keindahan flora serta fauna.

''Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sentiasa mengalu-alukan usaha ejen pelancongan yang kreatif membawa pelanggan mereka ke negeri ini.

''Dalam hal ini, saya memuji tindakan ejen tempatan yang membawa konvoi motosikal lasak dari Itali ke Sarawak. Ia satu pendekatan baru," kata Ahmad Johanif.

Sarawak mampu menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan ia bukan sekadar destinasi mewah tetapi juga menawarkan destinasi lasak untuk mereka yang sukakan cabaran.

''Pelbagai cabaran lasak boleh diadakan di negeri ini memandangkan faktor geografi Sarawak yang berbukit-bukau dan dikelilingi lembah," katanya lagi.

Menurut beliau, ekspedisi seperti ini akan menjadi perintis kepada kedatangan pelancong Itali yang suka dengan cabaran bermotosikal lasak.

Selain itu, pelancong Itali ini diberi kesempatan untuk melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti rumah panjang, pusat pemuliharaan orang utan dan lain-lain, katanya.

Ahmad Johanif memberitahu, kebanyakan pemilik motosikal lasak atau berkuasa besar di Eropah suka melancong dan golongan itu biasanya tidak kisah untuk berbelanja besar.

Pelancong Itali ini katanya, suka tinggal lama di Malaysia kerana keunikan negara ini yang berbeza dengan negara-negara di Eropah.

Tambah beliau, di Sarawak ejen pelancongan lebih gemar menghantar pelancong Itali ke Mulu dan pada masa kini terdapat lapan kumpulan pelancong yang telah berada di Sarawak.

Pada tahun lepas, seramai 38,945 pelancong Itali berkunjung ke Malaysia dan kedatangan mereka bertambah ramai pada bulan Ogos.

Ini kerana pada bulan Ogos, Itali mengalami musim panas dengan cuaca yang sangat panas sehingga mereka lebih suka melancong daripada berada dalam negeri.

Pelancong Itali secara puratanya membelanjakan RM2,881 seorang ketika berada di Malaysia dan menginap secara purata selama 8.5 malam.

Pada tahun lalu juga menyaksikan pendapatan pelancongan daripada pasaran Itali sebanyak RM112.2 juta setahun berbanding RM90.5 juta pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Ekspedisi Borneo Raid 2009, Vittorio Kulczycki berkata, ini merupakan pengalaman pertama beliau bermotosikal lasak dari Sarawak ke Sabah.

Sebelum ini katanya, beliau telah sampai ke Malaysia dan pernah beberapa kali mendaki Gunung Kinabalu.

Tambah beliau, jalan lasak di Sarawak ini hanya diketahuinya melalui laporan dalam Internet dan juga melalui pengendali pelancong tempatan di Malaysia.

''Kebanyakan daripada kami ini merupakan ejen pelancongan dari Itali dan memiliki kelab motosikal lasak yang meneroka tempat-tempat menarik di seluruh dunia," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Viaggi Nel Mondo Tour Operator berkata, ekspedisi kali ini juga mengundang pelbagai cabaran kerana selain menguruskan peserta, mereka juga menguruskan kargo iaitu motosikal masing-masing.

Apabila ekspedisi itu selesai, motosikal tersebut akan dimuatkan kembali ke dalam kapal untuk dihantar ke Itali dan ia merupakan satu proses yang agak cerewet, katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, kumpulan mereka ini cukup berpengalaman kerana pernah menjelajah beberapa negara Asia dengan menunggang motosikal lasak.

Beliau berkata, Borneo Raid 2009 akan membuka lembaran baru dalam pengembaraan bermotosikal merentas kepulauan Borneo yang kaya dengan flora dan fauna.

Dengan membabitkan pelancong dari Itali, pengembaraan itu mampu untuk membuka mata dunia tentang keunikan pulau Borneo yang selama ini tersimpan rapi tanpa diketahui umum.

Usaha selama dua tahun memujuk dan berbincang dengan penganjur, Viaggi Adventure Nel Mondo, syarikat terbesar pelancongan lasak di Itali, akhirnya berjaya meyakinkan mereka untuk mengadakan Borneo Raid 2009.

Ekspedisi yang bertujuan memperkenalkan Sarawak sebagai sempadan terakhir Borneo yang menampilkan keunikan suku kaum yang pelbagai, hutan hujan khatulistiwa dan yang paling istimewa iaitu dua tapak warisan dunia iaitu Taman Negara Mulu dan Taman Nasional Kinabalu.

Jika ekspedisi ini berjaya, ia akan dijadikan acara tahunan oleh MASWings Adventures Holidays dan sekaligus memperkenalkan Sarawak dan Sabah di mata dunia.

Borneo Raid 2009 ini juga merupakan asas untuk Penjelajahan Borneo 2010 dengan menggunakan motosikal dan Viaggi Avventure Nel Mondo bersedia untuk memperkenalkan pakej tersebut dalam brosur mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.